Thursday, June 5, 2014

PAK MENTUA, MENANTU LELAKI

Nilai Impian | KHAMIS| 05.06.2014 |3.30 petang| Mendung |

UCU selalu dengar cerita tentang mak mentua dengan menantu perempuan. UCU jarang dengar cerita pak mentua dengan menantu lelaki. Jadi UCU cuba-cuba dapat sedikit bahan cerita yang boleh di syer dalam pentas blog UCU ini. UCU teringat satu kisah lama tapi beberapa kerahsiaan UCU simpan seperti nama dan lokasi. Anggaplah kisah yang UCU tuliskan ini sebagai teladan. Jangan kisahkan jika bukan suatu teladan.

Seorang kawan UCU bernama Zan (nama samaran) pernah bersembang dengan UCU. Beliau bercerita satu peristiwa beliau dengan Pak Mentuanya. Kawan UCU ini taraf pegawai eksekutif dalam jabatan kerajaan. Telah berkhidmat hampir 20 tahun dalam perkhidmatan awam. Pak Mentuanya seorang pesara berjawatan tinggi dalam perkhidmatan awam.

Alkisahnya daripada mulut kawan UCU sendiri…

Zan mulakan cerita, “Mungkin abah dah tahu Ezah akan berhenti kerja di syarikat TOKAN. Ezah telah dapat tawaran baru di sebuah syarikat TAUKE.”

Jawab Pak Mentua, “Oh, abah dah tahu dah Ezah ada bagitahu hari semalam”.

Zan berkata, “Saya lega Bah, bila Ezah dapat kerja baru ni, sebab penukaran beliau di tempat lama 6 bulan lepas atau alasan rotation job tu tak menggembirakan Ezah”.

Jawab Pak Mentua, “kenapa pulak dia tak gembira dengan tempat kerja sekarang, jawatan manager juga kan. Cuma tugas yang dibuat aje lain”.

Jawab Zan, “Tidak juga Bah. Ezah tak seronok. Bukan bidang dia”.

Pak Mentua balas, “Yang ni syarikat baru kan dia dapat better offer”.

Zan balas, “Bolehlah kata better offer. Tapi tak lah beza jauh sangat. Cuma dapat lah keluar dari suasana yang tak seronok di tempat sekarang. Ini balik tak seronok nampak. Pergi kerja pun tak semangat”.

Jawab pak Mentua, “Abah dah ada tanya pakcik. Pakcik ada bagi view. Dia kata syarikat baru ni ada potensi baik dan kukuh. Jadi taklah Abah risaukan”.

Zan jawab, “Zan, tak lah kisah sangat fasal tu. Janji Ezah seronok kerja dan dia gembira pun dah cukup. Kita orang anak-beranak pun seronok.”

Pak mentua, “Tak lah boleh fikir begitu sahaja. Biarlah bila tukar kerja yang ada masa depan. Dia jadi senior dan dapat maju dalam syarikat tu”.

Jawab Zan, “Entahlah, Bah, Zan bersyukur kalau mana rezeki yang diberi tu memudahkan kami dan kami mudah urus urusan kita orang.”

Pak Mentua, “Abah kurang setuju tu. Contoh yea…macam Zan dah kerja lama. Tapi apa pengalaman yang Zan dapat selama ni. Sepatutnya dengan jawatan Zan sepatutnya berkembang dengan penempatan di negeri dan jabatan-jabatan lain. Baru banyak pengalaman. Ini Zan dalam satu jabatan. Tak pernah dapat pengalaman lain, amat rugi. Zan patut ada pengalaman urusan dengan Raja, Sultan, orang ramai dan luar negara. Baru bermakna kerja tu. Tapi kalau setempat kurang pengalaman, banyak benda tak tahu. Abah tengok banyak pegawai kerajaan yang tak ada pengalaman sebab macam Zan lah duduk satu tempat. Abah dulu merata. Abah lihat beberapa orang di sini yang jawatan tinggi dalam kerajaan sangat berpengalaman. Cakap sikit aje dah fahaman. Ini pindah peruntukan pun tak tahu. Susahlah. Nak naik pangkat pun susah. Cakap Inggeris pun lemah. Macam mana nak naik pangkat. Kita kerja jawatan kena bagus.”

Jadi Zan bercakap pada UCU, “Dalam hati aku berkata, yea kah macam tu. Aku selalu berdoa agar aku ditempatkan di tempat yang aku boleh lalui dan aku ada masa dengan isteri dan anak-anak aku. Aku hendak jawatan baik tapi biarkan Allah yang tentukan. Tanggungjawab aku kenalah aku buat yang terbaik”.

UCU tanya Zan, “Selama ini ada masalah kah kau Zan dengan kerja kau dan keluarga.”

Jawab Zan, “Aku rasa tak ada apa yang tak cukup. Aku ada masa dengan keluarga. Kerja semuanya dapat selesai dengan baik. Aku dapat cemerlang 2 kali. Malah kerja aku pun prestasi bagus. Aku pun terperanjat juga kenapa Pak Mentua aku serang aku…jadikan aku contoh. Aku hidup biasa sahaja tak berlebih-lebih. Ada kereta lama dan motosikal lama. Baik-baik belaka kenderaan aku. Aku pulak ada masa balik jumpa pak mentua dan mak mentua aku kerap juga. Nak mewah macam mana lagi. Aku dah orang kampung. Memang cita-cita aku tak tinggi, cukup hidup bahagia dan kesederhanaan dengan keluarga aku ok lah. Tak tahu lah kadang-kadang aku bila berbual dengan Pak Mentua aku ni terasa juga diri ni di rendah-rendahkan bila dibandingkan dengan anak-anaknya. Aku perhatikan Pak Mentua aku ni agak memuji anak-anaknya. Aku akui memang anak-anaknya pandai-pandai dan kerja pun bagus-bagus termasuklah bini aku. Tapi persoalan aku ialah aku kan suami yang bertanggungjawab mencorakkan hidup keluarga aku dan diri aku sendiri. Tak okay kah kalau aku dan anak dia tu bini aku dan cucu-cucu dia hidup dah selesa dan bahagia kini. Adakah tak cukup lagi jika tidak ada jawatan besar, rumah besar, kereta besar, gaji besar, ada status dan segala-gala yang tertinggi. Aku tak naklah kata sangat atau argue sebab hormat kan dia pak mentua aku dan bapak bini aku. Aku kena hormat dan muliakan mereka.”

UCU tercengang juga bila Zan cerita macam itu. Sebab setahu UCU keluarga isteri Zan itu bukan calang-calang keturunannya. Malah amalan keluarga mereka lebih ke arah keagamaan. Jadi masih fikir kah tentang status dan kemewahan dunia ini. Zan memang lah biasa sahaja orangnya. Asalnya pun bukan orang berada. Zan suka pada yang mudah dan tidak memayahkan sesiapa dan dirinya…senang kata sempoi tapi cukup tertib. Dalam hati UCU berkata, “Dia Pak Mentua kau Zan, bukan Bapak kau”.

Untuk Zan… sabar Zan orang tua-tua memang macam tu buat tak kisah sahaja. Janji anak dia senang hati hidup dalam pelukan kau dan anak-anak kau masih mahu terima ciuman kau dah okay lah tu.

Kata-kata arwah Abah masih terngiang-ngiang di ingatan UCU, “Saya tak mengadap itu semua sebab saya tak lama hidup. Yang mengadap nanti awak. Cuma pandai-pandai dia lah aturkan bakal bini dia itu. Bapa mentua dan mak mentua dia pandai-pandai lah dia uruskan. Sebab dia kahwin dengan anak dia orang. Saya ini pun kalau mati anak-anak mungkin ingat 2 tahun sahaja. Lepas tu lupa.” Abah ketika itu memberi komen kepada arwah emak tentang abang UCU yang hendak mendirikan rumah tangga. Arwah Abah pada ketika itu memang dah tiada harapan untuk baik dan hidup daripada penyakit kanser.

Arwah emak sekadar berkata, “Jangan dia lupa anak bini sudah.”

Akhir kata dari UCU…apalah sangat hendak bangga dengan pangkat dan kejayaan diri. Mengapa lah pula kita hendak mempelekehkan kehidupan orang lain. Mengapa lah pula kita hendak membandingkan kejayaan diri kita dengan kelemahan orang lain. Allah Yang Maha Mengetahui. Janganlah kita terjerumus dalam ke riakan dan hiasan duniawi.

Salam hormat.

-UCU-