Thursday, April 7, 2011

SUKA CAKAP KUAT, SUKA BUAT ‘DEK’ AJE

Nilai Impian | Jumaat | 8.4.2011 | 5.00 pagi | Panas
Malam tadi selepas kelas lebih kurang pukul 8.45 malam (7.4.2011), UCU memulangkan buku di kuanter perpustakaan di sebuah Universiti  (salah satu IPTA) dan sekaligus membayar denda kerana melebihi tarikh kebenaran peminjaman. Mulanya kuanter itu kosong, Cuma kelihatan dua pegawai petugas perpustakaan sedang berbual-bual dengan suara yang kuat  dan berbalas-balas cakap dengan rakan petugas yang lain di sekitar ruang kuanter tersebut- pegawai petugas pintu keluar dan pintu masuk – seorang petugas berdiri berdekatan di kuanter di mana semua lokasi dinyatakan adalah yang tidak berjauhan di antara satu sama lain.  Melihatkan UCU berdiri dekat kuanter pemulangan, pegawai bertugas berkenaan pun bergerak berjalan menuju ke tempatnya semula di kaunter pemulanagan.  Kelihatan sebelum ini dia agak mesra berbual-bual dengan rakan sepetugas yang tidak berjauhan dengan kaunter tersebut.  Seperti biasa UCU menyapa dengan memberi salam…tapi sapaan salam tak berbalas dari petugas itu.  Mungkin kerana dia seorang perempuan, sebab itu dia tidak membalas sapaan tersebut. Terdetik dalam hati UCU berkata mungkin petugas ini tidak jawab sapaan salam ni kerana mungkin berpegang kepada pandangan kalangan ulama yang berpendapat bahawa wanita tidak wajib atau tidak perlu menjawab salam lelaki jika ucapan itu bukan dengan niat yang baik dan ikhlas. Ya lah bila ingat macam kawan-kawan UCU selalu katalah” tengok muka kau ni bukan boleh percaya sangat”,  jadi tidak salahlah kalau dia tidak menjawab sapaan salam itu. Yang penting UCU tahu UCU ikhlas dengan sapaan salam tu dengan niat satu memulakan urusan dengan baik. 
Mungkin juga petugas ini pemalu dengan pelanggan itu sebab sapaan tidak dijawab dan berurusan pun tidak pulak melihat memandang kepada UCU, tunduk sahaja…mungkin kerana UCU tidak ‘handsome’ macam Shahir atau macam Tom Cruise atau macam David Beckham atau siapa sajalah, tapi bini atau anak-anak kata UCU ‘handsome’ kira okey lah tu.  Sikit komenlah tentang petugas tadi, muka dah lah macam cuka (masam) maka tiadalah senyum…maka terfikir dalam fikiran UCU sia-sia aje kampen SENYUM kerajaan dan lagu nyanyian  Najwa (kalau tak silap nama penyanyi ini) iaitu:

Senyum senyum senyum..
Senyum senyum..

Kacak luar, Kacak dalam, Kacak dengar sini
Kalau saya senyum, Awak mesti senyum sekali
Kalau kita senyum, Semua orang berjangkit
Bila semua orang senyum, Dunia tiada penyakit....

Senyum.., Tak perlu kata apa-apa
Senyum.., Tak perlu kata apa-apa
Senyum.., Tak perlu kata apa-apa
Senyum.., Tak perlu kata apa-apa

Memang betul-betul tengok muka petugas itu “hiss! Susah nak cakap, kering rupanya”…Kalau anak lelaki  UCU tengok pasti dia kata juga “Muka ‘boring’ betul”.  Lepas tu UCU hulurkan buku-buku tu.. dia pun ambil dengan tak kata apa-apa pada UCU, sebaliknya UCU yang kata, “Saya nak pulang dan nak bayar denda”.  Petugas itu angguk pun tidak berdecit pun tidak. Tiba-tiba dia bersuara dengan suara kuat sangat tapi bukan bercakap dengan UCU tapi bercakap dengan kawan petugas yang duduk di hujung kaunter yang dari tadi bercakap dengan suara kuat dengan rakan-rakan dia.  UCU diam saja lah lihat dia mengecop satu persatu buku menandakan UCU dah pulang.  Tiba-tiba dia tanya UCU dengan suara kuatlah juga “Mana perginya kad indeks rekod pemulangan dalam salah sebuah buku yang UCU pinjam. UCU jawab dengan baik “Maaf, tidak perasaan pulak saya yang kad tu tak ada”, dalam hati UCU pulak kata “Mana ler aku tahu sebab rasanya dari aku pinjam dulu memang tak ada”. Kemudian dia kata dengan nada kuat juga “Habis tu mana nak ‘trace’ buku ni…bila awak pinjam dan pulang”.  UCU jawab sekali lagi “Maaflah puan, saya betul tak perasaan sama ada kad itu ada sebelum ini atau tiada”.  Bila UCU jawab di bersembang  (suara kuat) dengan rakan dia tadi pasti tak dengar apa UCU cakap tadi.  Dia kata lagi dengan UCU, “Ni, macam mana ni?”, lepas tu disambung ayat dia bercakap dengan rakannya tadi…kalau tak silap pasal tajuk perbualan mereka tentang kenduri kahwin dan cuti kawan-kawan lain…entahlah UCU tidak ambil kisah. UCU pun tak jawab apa diam saja, tapi dalam hati UCU berkata juga , “Dahlah sombong, Bodoh lak lagi…setahu aku hari tu aku pinjam guna mesin elektronik, sentuh dan keluar resit ..tak cop apa-apa, ‘renew’ lak secara online, dan baru ni kali urusan kat kaunter untuk pulangkan, lepas tu tengok-tengok kad indek tu tak ada..gila apa budak ni”.  UCU ambil pendekatan diam saja walau tidak berpuashati dengan layanan petugas itu, malas hendak layan kerana takut UCU hilang sabar maka cakap kasar pulak nanti dengan dia...tak kan UCU pun hendak jadi macam dia juga. Nama pun mahasiswa yang dah ‘tua’ maka kenalah tunjukkan keilmuan melambangkan keperibadian.  UCU tetap senyum.  Lepas tu dia cakap lagi masih dengan nada kuat “_ _ _ ringgit”…UCU pun bagi RM_ _ _.00 sebagai bayaran denda. Lepas dapat resit pembayaran UCU pun beredar.  Sempat juga UCU perhati lepas UCU ada seorang pelajar lagi hendak pulang buku…pun menerima nasib yang sama macam yang UCU lalui.  

Di sini suka  UCU katakan sepanjang urusan lebih kurang 7 minit itu, petugas ini berbual-bual dengan rakan-rakan bertugas dekat situ dengan suara kuat dan rakan-rakan dia pun macam itu juga.  Satu lagi sikap buat ‘de’..muka toya…”hiss!”..tidak tahulah UCU, macam mana pulak malam ini boleh UCU boleh bersabar dengan sikap sedemikian…agaknya malam ini UCU malas hendak kecoh-kecoh atau menegur. Petugas tadi, tiada mesra pelanggan langsung tapi mesra dengan rakan-rakan adalah. UCU terfikir juga ini perpustakaan dan terpampang pada pintu masuk dan dinding-dinding perpustakaan kata “Tolong Senyap”   malah ada lambang-lambang malah ada juga kata “hormati pengguna lain”.  Tapi yang buat hal cakap kuat adalah di kalangan petugas dan tidak hormat pelanggan pun di kalangan petugas yang sepatutnya menguatkuasakan nilai bertingkahlaku yang sewajarnya dalam perpustakaan. Ini macam pasar ikan atau pasar malam “Ikan! Ikan! Ikan! Segar! Segar! Segar!”…UCU fikir, rasanya petugas ini tadi salah tempat bekerja rasanya. Satu lagi sikap buat ‘dek’ aje,  tak hormat pelanggan memang tidak berbaloi betul ambil petugas ini bertugas di perpustakaan ini…tidak faham-faham dengan kampen kerajaan malah hormat menghormati ni bukankah perkara yang baik malah nilai murni.  Bekerja di tempat menara gading, malah tempat gedung ilmu - tapi hati nurani dan nilai murni “Hampeh!“ “Zero”, “Out”…maaf cakap kalau UCU kata begitu.   Sayang sekali kenapa lah ada orang yang bertugas di tempat yang arua persekitarannya untuk suasana yang tenang tanpa pencemaran bunyi bising tiba-tiba macam arua sebuah pasar malam yang riuh rendah…malu sebagai rakyat Malaysia yang inginkan rakyat yang berbudi bahasa yang berprestasi tinggi yang mengamalkan nilai-nilai tinggi…apa PM kata “Rakyat Didahulukan, Pencapaian diutamakan”.  Pelajar dalam perpustakaan ini pun bukan saja di kalangan pelajar tempatan malah ada yang dari Iran, Yamen, China, Berunai, Indonesia, Nigeria, Samolia dan macam-macam lagilah.  Malu betul kalau macam ini punya rakyat yang boleh Membaca, Menulis, Mengira.

Malas UCU hendak panjang menulis lagi.  Dipendekkan kata UCU,  emak UCU pernah berkata “Biarlah orang buat kita, jangan pulak kita buat orang”. Jadi UCU tidaklah buat apa-apa kecuali berkongsikan cerita pengalaman ini. Cuma satu - istimewa buat petugas tadi, kalau pada buku-buku perpustakaan yang dipulang dicop dengan tarikh pemulangan sebagai pemulangan, selayaknya bagi diri petugas tadi dicop dengan perkataan SUKA CAKAP KUAT, SUKA BUAT ‘DEK’ AJE.   Semoga cerita pengalaman ini sebagai cerita pengajaran kepada pembaca yang mengambil iktibar keatasnya.

Salam hormat jua.

-UCU-

Wednesday, April 6, 2011

BERBUAT BAIK DAN BAIK HATI

Nilai Impian | Khamis | 7.4.2011 | 3.56 pagi | Sunyi
Semua orang ada pandangan masing-masing tidak ada salah dan tidak ada benar. Pandangan yang diberi perlu dihormati.  Hanya satu keberanian yang membolehkan seseorang mengeluarkan pandangan berdasarkan pengalaman yang dilalui  dan ini lebih naturalistik. Sebentar tadi UCU bersembang dengan seorang jiran dari pukul 11.30 malam hinggalah jam 1.30 pagi. Jiran ni dah bergelar Haji dan UCU kenalinya sebagai seorang  Pak Haji yang  simple. Macam-macam cerita.  Yang banyak bercerita jiran UCU itu.  Banyak yang diperkatakan dengan pandangan-pandangan beliau yang sangat bernas dengan penuh pengajaran dan pembelajaran.  Dan tidak UCU menyangkal bahawa semua pandangan Pak Haji dapat UCU terima tanpa persoalan kerana memang ada kebenarannya.  Kebenaran itu yang UCU maknakan kerana datangnya dari pengalaman yang dilaluinya dan keyakinan ke atas pengalaman yang beliau hayati.  Dari cerita perniagaan hinggalah kepada persoalan-persoalan tentang keagamaan soal mengucap dua kalimah syahadat, soal sembahyang, soal puasa, soal zakat dan soal mengerjakan haji ke Mekah. Begitu juga dengan cerita Nabi Isa dan Nabi Muhammad S.A.W. Semuanya beliau perjelaskan maksud dan simbolikkan dengan pengalaman-pengalaman beliau, pemikiran beliau dan pengetahuan yang beliau ada.  Kadang-kadang ada juga beliau sentuh beliau merujuk kepada seseorang dan kitab atau buku. Wow, sangat menarik pandangan daripada beliau, UCU tabik betul dengan jiran UCU ni…beliau telah mengaitkan kehidupan yang dilalui dengan kesenangan yang diperolehi sebagai satu anugerah dari Allah S.W.T.  Beliau kata berjayanya dalam perniagaannya kerana “luck”.  Dan luck ini datangnya dari pemberian Allah S.W.T.  Semua kejayaan dan kesenangan kehidupan ini beliau percaya kepada perlu berbuat  BAIK. Beliau berpandangan kelima-lima perkara dalam rukun Islam itu menuju kepada satu jalan benar iaitu berbuat baik. Kalau melaksanakan kelima-lima perkara itu namum masih melakukan perkara-perkara yang jahat atau tak baik maka perlulah difikirkan adakah semua perkara yang dibuat itu diterima atau tidak diterima oleh Allah S.W.T.  Jika telah melakukan lima rukun perkara yang baik maka wajar lah seseorang itu melaksanakan perbuatan-perbuatan yang baik hingga hati pun masti baik dan bersih.  Sentiasalah berdoa kepada yang baik dan jika boleh dan berkemampuan pergi mengerjakan haji ke Mekah kerana di sana adalah tempat yang diberikan berganda keistimewaan dan ganjaran dan berdoa lah di sana. Beliau berpandangan semua perkara ada tempatnya untuk melaksanakan sesuatu, walaupun di semua tempat di muka bumi ini boleh seseorang itu melaksanakan doa namum di Mekah adalah suatu tempat yang amat tepat untuk kita berdoa apa sahaja kerana akan dapat dirasai diri kita hanya dengan Allah S.W.T.  Di Mekah, beliau telah menempuh pengalaman-pengalaman sentiasa berbuat baik dan memperkatakan ” jangan tamak untuk berbuat baik hingga lupakan ada orang lain juga inginkan berbuat baik juga”…beliau bagi contoh beliau telah memberikan tempat beliau sembahyang sunat kepada orang lain yang sedang mencari tempat untuk bersembahyang sunat juga…biasalah kerana di Mekah masjid adalah ramai dan bersesak ..dan beliau cari tempat lain untuk bersembahyang sunat …ini pun satu perbuatan yang baik kata beliau.  Tamak itu bagi beliau bukan sahaja harta, duit tetapi apa sahaja yang menimbulkan perasaan pentingkan diri.  Jadi beliau menasihatkan janganlah tamak dan sentiasa mempunyai pertimbangan yang baik dengan  berdoa kepada Allah untuk didorongkan kepada kebaikan.  Banyak contoh-contoh pengalaman baik yang beliau cerita yang tak dapat UCU ceritakan kat sini.  Namum intinya sepanjang malam yang Pak Haji perkatakan sentiasalah berbuat  BAIK dan BAIK HATI kepada diri sendiri dan kepada orang lain.  Beliau ada kata, diri manusia dengan Allah S.W.T sangat mudah untuk manusia memohon keampunan dan menjadi sifat Allah S.W.T. yang maha pemurah lagi maha penyayang dan pengampun.  Tapi bagi manusia dengan manusia amat sukar untuk keampunan, dan jika kita tak diampunkan maka akan dipersoalkan di akhirat nanti.  Jadi adakan kesungguhan supaya sentiasa berbuat baik tak kira masa.  Sebenarnya banyak contoh-contoh yang diperkatakan oleh jiran UCU ini yang tak dapat UCU tuliskan di sini.  Sungguhpun begitu, rumusan yang boleh UCU katakan ialah "BERBUAT BAIK DAN BAIK HATI UNTUK MEMPEROLEH KEJAYAAN DAN KEMULIAAN DIRI.  Insya’allah.
Salam hormat jua.

-UCU-

Tuesday, April 5, 2011

BELAJAR BETUL-BETUL YEA

"BELAJAR BETUL-BETUL YEA"
Nilai Impian | Rabu | 6.4.2011 | 5.04 pagi | Tenang

UCU pagi ini masih menung mencari idea apa yea hendak dikongsikan dalam blog ni...nak cerita politik tak pandai...nak cerita pasal isu terkini tentang tersebar video tu pun tak berminat nak membahaskannya takut timbul fitnah lak nanti...nak cerita pasal pilihanraya kat Sarawak ishh pun tak geti...cuma boleh UCU cakap sikit pasal kenangan lama UCU dengan arwahnya emak UCU... UCU masih ingat lagi emak UCU selalu kata "belajar betul-betul yea" setiap kali UCU hendak ke sekolah.  Sampai UCU masuk Universiti pun emak UCU selalu kata "belajar betul-betul yea".  Kini UCU dah ada keluarga dan bersyukur juga kerana dah ada pekerjaan yang baik sebagai kerjaya UCU. Dan..UCU juga kata pada anak-anak UCU setiap kali mereka pergi ke sekolah "belajar betul-betul yea"...kerana percaya itu adalah sebagai satu doa yang baik untuk berjaya kepada anak-anak.

Salam jua.