Nilai Impian | Khamis | 7.4.2011 | 3.56 pagi | Sunyi
Semua orang ada pandangan masing-masing tidak ada salah dan tidak ada benar. Pandangan yang diberi perlu dihormati. Hanya satu keberanian yang membolehkan seseorang mengeluarkan pandangan berdasarkan pengalaman yang dilalui dan ini lebih naturalistik. Sebentar tadi UCU bersembang dengan seorang jiran dari pukul 11.30 malam hinggalah jam 1.30 pagi. Jiran ni dah bergelar Haji dan UCU kenalinya sebagai seorang Pak Haji yang simple. Macam-macam cerita. Yang banyak bercerita jiran UCU itu. Banyak yang diperkatakan dengan pandangan-pandangan beliau yang sangat bernas dengan penuh pengajaran dan pembelajaran. Dan tidak UCU menyangkal bahawa semua pandangan Pak Haji dapat UCU terima tanpa persoalan kerana memang ada kebenarannya. Kebenaran itu yang UCU maknakan kerana datangnya dari pengalaman yang dilaluinya dan keyakinan ke atas pengalaman yang beliau hayati. Dari cerita perniagaan hinggalah kepada persoalan-persoalan tentang keagamaan soal mengucap dua kalimah syahadat, soal sembahyang, soal puasa, soal zakat dan soal mengerjakan haji ke Mekah. Begitu juga dengan cerita Nabi Isa dan Nabi Muhammad S.A.W. Semuanya beliau perjelaskan maksud dan simbolikkan dengan pengalaman-pengalaman beliau, pemikiran beliau dan pengetahuan yang beliau ada. Kadang-kadang ada juga beliau sentuh beliau merujuk kepada seseorang dan kitab atau buku. Wow, sangat menarik pandangan daripada beliau, UCU tabik betul dengan jiran UCU ni…beliau telah mengaitkan kehidupan yang dilalui dengan kesenangan yang diperolehi sebagai satu anugerah dari Allah S.W.T. Beliau kata berjayanya dalam perniagaannya kerana “luck”. Dan luck ini datangnya dari pemberian Allah S.W.T. Semua kejayaan dan kesenangan kehidupan ini beliau percaya kepada perlu berbuat BAIK. Beliau berpandangan kelima-lima perkara dalam rukun Islam itu menuju kepada satu jalan benar iaitu berbuat baik. Kalau melaksanakan kelima-lima perkara itu namum masih melakukan perkara-perkara yang jahat atau tak baik maka perlulah difikirkan adakah semua perkara yang dibuat itu diterima atau tidak diterima oleh Allah S.W.T. Jika telah melakukan lima rukun perkara yang baik maka wajar lah seseorang itu melaksanakan perbuatan-perbuatan yang baik hingga hati pun masti baik dan bersih. Sentiasalah berdoa kepada yang baik dan jika boleh dan berkemampuan pergi mengerjakan haji ke Mekah kerana di sana adalah tempat yang diberikan berganda keistimewaan dan ganjaran dan berdoa lah di sana. Beliau berpandangan semua perkara ada tempatnya untuk melaksanakan sesuatu, walaupun di semua tempat di muka bumi ini boleh seseorang itu melaksanakan doa namum di Mekah adalah suatu tempat yang amat tepat untuk kita berdoa apa sahaja kerana akan dapat dirasai diri kita hanya dengan Allah S.W.T. Di Mekah, beliau telah menempuh pengalaman-pengalaman sentiasa berbuat baik dan memperkatakan ” jangan tamak untuk berbuat baik hingga lupakan ada orang lain juga inginkan berbuat baik juga”…beliau bagi contoh beliau telah memberikan tempat beliau sembahyang sunat kepada orang lain yang sedang mencari tempat untuk bersembahyang sunat juga…biasalah kerana di Mekah masjid adalah ramai dan bersesak ..dan beliau cari tempat lain untuk bersembahyang sunat …ini pun satu perbuatan yang baik kata beliau. Tamak itu bagi beliau bukan sahaja harta, duit tetapi apa sahaja yang menimbulkan perasaan pentingkan diri. Jadi beliau menasihatkan janganlah tamak dan sentiasa mempunyai pertimbangan yang baik dengan berdoa kepada Allah untuk didorongkan kepada kebaikan. Banyak contoh-contoh pengalaman baik yang beliau cerita yang tak dapat UCU ceritakan kat sini. Namum intinya sepanjang malam yang Pak Haji perkatakan sentiasalah berbuat BAIK dan BAIK HATI kepada diri sendiri dan kepada orang lain. Beliau ada kata, diri manusia dengan Allah S.W.T sangat mudah untuk manusia memohon keampunan dan menjadi sifat Allah S.W.T. yang maha pemurah lagi maha penyayang dan pengampun. Tapi bagi manusia dengan manusia amat sukar untuk keampunan, dan jika kita tak diampunkan maka akan dipersoalkan di akhirat nanti. Jadi adakan kesungguhan supaya sentiasa berbuat baik tak kira masa. Sebenarnya banyak contoh-contoh yang diperkatakan oleh jiran UCU ini yang tak dapat UCU tuliskan di sini. Sungguhpun begitu, rumusan yang boleh UCU katakan ialah "BERBUAT BAIK DAN BAIK HATI UNTUK MEMPEROLEH KEJAYAAN DAN KEMULIAAN DIRI. Insya’allah.
Salam hormat jua.-UCU-
No comments:
Post a Comment