Sunday, December 22, 2013
SUKAN DAN BANJIR
SUKAN DAN BANJIR
Nilai Impian | Isnin| 23.12.2013 |6.30 pagi | Sejuk
Sukan dan banjir adalah dua fenomena yang berbeza yang tidak boleh dibandingkan antara satu sama lain. Benarkah dua fenomena yang tidak boleh di banding-bandingkan ini? Kalau banding pun nanti ada orang kata mana mungkin bandingkan antara buah oren dengan buah epal, mana boleh? Yea tak yea juga. Rasa jus kedua-dua buah pun berbeza. Namun kedua-dua penyumbang vitamin C. Inikan pula hendak membandingkan sukan dengan banjir, mana mungkin. Sungguhpun begitu UCU hari ini terpanggil untuk bincangkan perkara ini dan mencari-cari apa yang boleh dibincangkan bersama dalam kedua-dua fenomena di negara ini. Jadi UCU tulis sahaja secara spontan pandangan atau idea yang terfikir atau yang hendak UCU luahkan.
Fenomena sukan memang menjadi tradisi di semua negara. Malah penjenisan sukan pun telah menjadi reputasi sesebuah negara dan individu serta pasukan. Bila sebut bola sepak atau football sahaja ramai akan spontan ramai akan terbayangkan Manchester United (England), Chelsea (England), Real Madrid (Sepanyol), Red Warrior (Kelantan), JDT (Johor) macam-macam lagi. Dan, bila ingat bola sepak akan terbayang sorakan, nampak gol-gol yang memasuki gawang gol. Bila sebut badminton mula terfikir Lee Chong Wei, Lin Dan, Chen Long, Jorgensen dan ramai lagi. Bila Muay mula nampak negara Thailand. Bila sebut golf maka tergambar Tiger Woods dan Phil Mickelson. Sebut sahaja apa jenis sukan akan terbayang siapa jaguhnya, mana negara yang hebat dan tidak kurang juga siapa yang paling mengungguli nya, dan siapa yang kaya raya dengannya.
Maka, kalau hendak perkatakan tentang fenomena sukan memang lah luas dan bermacam-macam boleh dibincangkan hingga kepada teori dan falsafah. Dari perdebatan kedai kopi hingga ke peringkat kabinet dan peringkat parlimen. Malah boleh membawa pertengkaran kecil kepada pergaduhan dan keganasan. Banyak contoh yang boleh diberikan tapi yang ketara bola sepak lah boleh tengok bila penyokong fanatik bertempur atau merusuh apabila pasukan yang disokong tewas. Banyak berlaku di negara-negara termasuklah di negara kita. Malah di Malaysia pun sikap penyokong pasukan bola sepak juga menunjukkan sikap yang kurang betul dan kurang bijak. Terkini, lihat sahaja bila ada di kalangan rakyat Malaysia yang sering dikaitkan dengan budaya sopan santun mula menggunakan perkataan kesat kepada FAM kerana tidak berpuas hati dengan pengurusan FAM. Ditulis dinding-dinding tandas, bangunan dan malah dalam laman-laman sosial…malu lah. Tak kira sama ada dalam bahasa Melayu, Inggeris, Cina, Tamil, Kadazan, Spain dan pelbagai bahasa macam-macam yang ditulis tentang FAM. Lebih teruk bila skuad Harimau Muda pulang tangan kosong dari Temasya Sukan Sea 2013 di Myanmar, mula ramai yang mengkritik dan yang hendak jadi hero bercakap ikut nafsu dan emosi.
Bagi UCU, apa lah, yang kalah itu kalah lah, buat apa hendak menyakiti hati sesiapa. Gunakan lah email atau surat apa atau apa sahaja kalau tidak puas hati kepada pihak tertentu supaya siapa pun tidak tahu. Tiada yang diaibkan. Dan bagi sesiapa atau pihak yang buat kesilapan itu mengaku sahajalah kelemahan dan wujud kesedaran diri untuk buat sesuatu yang wajar. Di dunia ini manalah ada orang yang hebat mengurus, bermain, berkuasa mutlak dan sempurna. Kalau sebagai seorang Islam, kena menginsafi diri dan muhasabah diri kerana setiap masalah di atas dunia ini adalah berpunca dari tindakan manusia itu sendiri. Maka ini tidak, semua peringkat hendak bercakap dan dedahkan pekong untuk semua orang tahu. Buat apa hendak ceritakan banyak keburukan. Adalah lebih baik ceritakan banyak kebaikan yang sebenar, bukankah lebih baik.
Bukan sahaja bola sepak, malah tentang sukan lain juga dapat dilihat macam-macam lagi. Macam suasana bahang temasya Sukan SEA 2013 di Myanmar, di mana wujud suasana jurulatih merajuk lah, jurulatih terkilan hingga hendak meletakan jawatan lah, serta pelaporan wartawan yang dangkal yang tanpa mempedulikan perasaan orang lain membangkitkan kemarahan dan ketidakpuasan peminat dan pengurusan persatuan. Atlet-atlet negara yang gagal atau tewas dalam acara masing-masing dikritik. Macamlah senang bila hendak bersaing di pentas sukan ini. Macam lah hebat setiap atlet negara yang di hantar dan mereka mesti menang. Ingatlah atlet-atlet negara lain pun hebat. Atlet-atlet negara yang menang di gembur-gemburkan berlebih-lebih hingga ada pihak yang meluat dan cemburu. Malah persatuan dengan persatuan pun cemburu juga. Semua orang perlu ingat takdir. Rukun negara ini juga termaktub dengan Kepercayaan kepada Tuhan sebagai keutamaan. Maka kekal lah sebagai rakyat yang mempercayakan yang Maha Esa. Maka kuatkan usaha dan kebijaksanaan dalam menghadapi di masa depan. Bukan banyak bercakap mengarut, mengapi-api dan memburukkan sesiapa.
Persoalan utama ialah kuadrat atlet-atlet dan persatuan-persatuan/ kelab-kelab yang gagal dan berjaya siapakah hendak puji secara berhemah? Macam mana yea orang akademik melihat atlet-atlet yang kalah ini? Adakah mereka akan menjadikan kajian baru atau teori-teori baru? Bagaimana Pak-pak menteri di negara kita melihat dan menilai kekalahan dan kelemahan yang di kecapi? Bagaimana Yang Berhormat-Yang Berhormat di Dewan Negara, di Dewan Rakyat dan di Dewan-Dewan Negeri? Atau menjadi isu politik, perdebatan ahli-ahli politik? Bagaimana rakyat keseluruhan menghadapi kegagalan ini sebagai menguatkan lagi sokongan kepada pembangunan sukan negara? Adakah persoalan ini lebih menjadi bahan penonjolan diri individu-individu tertentu yang sekali pandang tiada lah apa-apa sangat, tetapi bila di dalami mula menimbulkan keraguan sama ada di kalangan mereka ini tanpa sedari menunjukkan kemegahan, keangkuhan, kesombongan, ketakburan, dan kebongkakan. Namun tidak kurang juga dikesani di kalangan mereka yang merendah diri dan memahami kedudukan penglibatan mereka.
Dalam hal ini, jika diperhatikan benar-benar lihat sahaja di padang-padang pastinya ada orang pelbagai usia bermain bola sepak. Di gelanggang-gelanggang bola keranjang, di gelanggang badminton, di gelanggang tennis, di gelanggang futsal dan di pelbagai jenis gelanggang lagi – pastinya kelihatan anak bangsa di negara ini berlari-lari dan beraksi. Di pusat-pusat sukan dan bowling ada sahaja orang-orang yang beraksi. Tapi macam mana pula keadaannya atau suasana di Putrajaya? Banyak juga padang dan kehijauan tapi tidak ramai pula yang bersenam di waktu pagi atau bersukan pada cuti di hujung minggu. Tidak ada pula lihat keno atau sampan di tasik-tasik buatan di Putrajaya. Kemeriahan bila cuma dibayangi dengan program-program yang dianjurkan sahaja baru lah nampak ada sukannya. Tetapi macam mana kehidupan rakyat di sana. Yang pasti kereta banyak dan sesak terdapat di kawasan perumahan. Mungkin di pusat-pusat sukan yang tertutup mungkin ada yang beraksi bersukan. Itu pun UCU kata mungkin.
Agak menarik boleh UCU kata datanglah ke Nilai 3, akan terdapat manusia main kriket di padang merah sebelum bangunan rumah dan kedai di bina. Mereka ini adalah Mat-Mat Pakistani yang bermain kriket. Hebat tidak hebat mereka ini. Bila masa kerja mereka kerja…lembut sahaja menyapa pelanggan membeli carpet dan kain jualan mereka…yang tidak menariknya bila mereka menyapa “adik manis mari, tudung-tudung cantik, kain mudah-murah”… “adik pakai banyak cantik”… yang si ibu-ibu dan gadis-gadis tempatan pula melayan, suka dengan sapaan sedemikian. Yang si suami dan bapa biar sahaja selamba tanpa menegur. Bagi mereka perkara biasa. UCU berpendapat itu bukan perkara biasa tapi KURANG AJAR dari orang negara lain yang tidak HORMAT warga negara ini. Sedarlah wahai ibu-ibu, bapa-bapa dan anak bangsa negara ini…jangan diterima perlakuan sedemikian.
Berbalik kepada sukan tadi, walau bagaimanapun dari mata kasar boleh kata prasarana sukan di Malaysia boleh kata tak lah sengkek malah boleh lah kata ada galakkan yang sejajar dengan perkembangan pembangunan sukan negara. Malah paling tidak di kampung-kampung adalah gelanggang sepak takraw atau badminton di balai raya. Malah stadium banyak dan melata di setiap negeri. Maka benarlah perlu di fikir sedalam-dalam pembiayaan prasarana sukan sentiasa diberikan dan amat diperlukan. Persoalannya bagaimana pembiayaan ini dibuat dalam pembangunan sukan ini dan dinilai hasilnya. Mungkin UCU sahaja yang naif dalam perkara ini. Cuma UCU dapat rasakan hanya sukan-sukan tertentu sahaja yang mendapat promosi hasilnya. Dan, dapat diperhatikan banyak pihak khususnya pada sukan-sukan popular dunia macam sukan bola sepak, golf, badminton, hoki, basikal, dan renang. Tapi di negara ini agak kurang juga secara menyeluruh kerana kalau bola sepak itu pasukan lelaki sahaja. Berani UCU kata rakyat negara ini lebih mengenali pemain-pemain lelaki berbanding pemain-pemain perempuan. Lihat sahaja masa temasya Sukan Sea 2013, perbezaan pengulas ketika mengulas perlawanan bola sepak. Di mana mengulas perlawanan bola sepak bagi skuad Harimau Muda akan lengkap nama pemain disebut. Tetapi bila skuad kebangsaan wanita…hampeh…sebut nombor pemain sahaja. Hoki pun sama, lebih kepada skuad lelaki sahaja. Skuad wanita mula mendapat perhatian bila belasah lawan berguni-guni gol, terutama bila belasah Kemboja dengan 36 gol tanpa balas. Jadi rekod dunia. Begitu juga dalam sukan badminton, lelaki sahaja mencuri tumpuan. Bila karate dapat 7 pingat emas disebabkan oleh kehebatan kumite wanita barulah terbeliak mata banyak pihak.
UCU hendak kata senang sahaja, di Malaysia ini banyak sumber atlet-atlet wanita yang tidak digali dan digilap. Pergilah ke Sabah dan Sarawak boleh lihat kehebatan wanita-wanita di sana. Lihat sahaja mereka yang ramai menjadi pemain skuad bola sepak wanita di negara ini - siapa kah mereka dan asal mereka dari mana? Kalau bukan ramainya dari Sabah dan Sarawak. Pergilah Kundasang lihat macam mana kaum wanita bawa barangan mereka. Dan siapa yang mengangkat barangan mendaki Gunung Kinabalu? UCU harap ada pihak yang berpengaruh buka mata dan mengambil peluang dengan kehebatan wanita-wanita di Sabah dan Sarawak dalam pembangunan sukan di negara ini. Malah pergilah ke Ulu Sugut mungkin ada yang hebat di sana, kalau tidak tanya lah Yang Berhormat yang mewakili mereka adakah sesiapa yang hebat di sana? Begitu juga mungkin ada mereka yang hebat dalam sukan di Long Banga, Baram, Sarawak. Bila sudah ada Jambatan Sungai Puak sudah pasti tiada masalah pihak tertentu mencari jaguh-jaguh sukan di situ. Cari mereka yang hebat-hebat dan berbakat bersukan di seluruh negara hingga ke lubang cacing. Didik mereka, gilap mereka dan jadikan mereka jaguh. Barulah dikatakan Malaysia ini sebuah negara berbilang bangsa dan berbilang budaya yang makmur dengan kehebatan rakyatnya.
Selain itu, macam mana yea, jarang benar dapat berita dan perkembangan jenis sukan lain. Sekali sekala baru dengar sukan squash bila Nicol David menang tapi siapa lah nanti ganti dia dan sehebat beliau. Sekali-sekali itu baru lah dengar sukan terjun Pandalelela Rinong. Sekali-sekali itu baru lah dengar sukan sepak takraw itu pun bila kalah. Bila tengok Sukan SEA baru lah tahu ada acara-acara sukan yang tidak pernah dengar. UCU rasalah patut lah sukan-sukan ini sentiasa ada di kaca televisyen dan akhbar-akhbar. Persatuan-persatuan perlu perluaskan jenis-jenis sukan ini termasuklah sukan rakyat. Malah di sukan sea sendiri kita lihat macam mana negara yang menganjurkannya pastinya mengetengahkan sukan rakyat mereka malah menjadi kekuatan mereka. Adakah Malaysia sebegitu? Walaupun tidak untuk sukan SEA. Masa kecil-kecil dulu UCU ingat sepak raga UCU cukup suka libas Adnan Saidin malah anggap sukan itu negara ini punya, begitu juga pencak silat…pastinya Hang Tuah dan Hang Jebat jadi hero. Malah ada drama bersiri lagi tentang Silat. Tapi lihat lah sekarang semua negara dah boleh kalahkan Malaysia malah menguasai pencak silat tersebut. Kita boleh berbangga dengan perkembangan kita dalam perkembangan sukan tersebut. Tapi macam mana yea dengan apa yang kita hendak bangga. Sukan itu kita semakin longlai malah anak-anak muda lebih suka main sepak takraw dalam permainan game dan pencak silat dalam mainan game. Hero-hero dalam filem negara ini yang disiarkan di kaca televisyen dan panggung juga bukan muka hero tapi pak lawak atau muka hero ‘jambu-jambu’. Aduh! Pecah perut ketawa tengok pak lawak bersilat atau meluat tengok muka jambu hendak jadi bengis atau lagak garang. Tapi tak apa ini adalah hiburan yang dilakonkan. Tapi realitinya mesti yang sebenar.
Wah! apa sudah jadi. Dalam Sukan SEA 2013, UCU mula terperanjat lihat atlet-atlet beberapa negara seperti Vietnam, Indonesia dan Thailand terutamanya dapat dilihat bagaimana susuk tubuh kebanyakan atlet mereka sahaja berbeza dengan susuk tubuh atlet negara kita. Melihat susuk tubuh atlet wanita mereka sahaja sudah tahu mereka akan menang walau pun tidak menang. Gaya mesti ada. Gaya menggerunkan. Bukan isu susuk tubuh yang hendak UCU timbulkan tapi isunya bagaimana susuk tubuh itu menunjukkan kesungguhan dan komitmen diri atlet itu sendiri dan pihak mereka yang terlibat di negara mereka hingga mencapai tahap sedemikian. Betapa fokusnya mereka. Sedangkan rakyat mereka ini yang datang ramai ke Malaysia jadi tenaga buruh membina bangunan dan gelanggang-gelanggang sukan di negara ini. Sedangkan mereka berjaya dan mereka ini lebih susah kehidupan mereka dan ekonomi mereka. Singapura pula apa kurangnya atlet-atlet mereka boleh kata telah maju ke hadapan dan mana yang kurang itu mereka import dari negara lain kerana bagi mereka untuk capai kejayaan dan reputasi negara maju dan reputasi tinggi di rantau ini. Tapi secara positifnya mereka telah mengambil langkah positif dalam memastikan kejayaan mereka. Berunai, UCU rasa negara ini mampu mengimport atlet-atlet luar tapi mereka masih gunakan tenaga anak watan. Bagi Malaysia bagaimana? Apa fokusnya? Adakah sukan ini satu kerjaya kepada atlet-atlet. Atau sebagai penunjuk kesihatan dan sihat sahaja. Atau sebagai reputasi negara. Atau punya sumbangan ekonomi negara. Atau gaya hidup sihat? Atau satu lambang kemegahan sahaja? Apakah fokusnya yang perlu jelas kepada rakyat negara ini? Bagi UCU sukan sebagai suatu gaya hidup sihat yang perlu disuburkan dalam diri setiap individu di negara ini bagi semua peringkat usia dan jantina. Kehebatan dan kemenangan atlet-atlet dalam sukan menunjukkan negara ini benar-benar mempunyai rakyat yang menjaga kesihatan mereka dan hidup dalam gaya hidup sihat. Lihat sahaja dunia Amerika yang menggunakan industri perfileman yang menonjolkan kehebatan hero-hero sukan mereka dan rakyat mereka yang berbangga dengan sukan mereka yang mereka ungguli. Malah, rakyat negara ini pun kenal hero-hero sukan negara tersebut seperti LeBron James (Basketball – NBA), Albert Pujols (baseball), dan ramai lagi. Kehidupan gaya sihat mereka bersukan menjadi ikutan dan icon bagi negara-negara lain.
Seperkara yang boleh diperkatakan lagi, di negara ini wujud program di sekolah-sekolah iaitu satu murid satu sukan satu. Satu program yang bagus tapi persoalannya adakah pelaksanaan yang betul dari pihak sekolah atau pelaksanaan atau hanya tertulis di atas kertas untuk mencantikkan pelaporan sahaja. Apa yang pasti UCU ada terdengar ada di kalangan cikgu-cikgu mengatakan banyak program yang disogok di sekolah adalah membebankan mereka. Mereka juga kata masa pelajar panjang dan melelahkan pelajar juga malah sekolah bukan lah taska atau tadika. Kata-kata retorik hanya di peringkat atas-atas sahaja. Benarkah kata-kata sedemikian? UCU pun garu-garu kepala. Yang pasti program sedemikian adalah baik dan UCU pasti program satu murid satu sukan itu satu hari nanti akan mengeluarkan atlet-atlet berbakat yang ramai dan berjaya. Cuma janganlah bola sepak sahaja, bola jaring, apa-apalah jenis bola yang mana campak bola pada murid dan berebut-rebut sepak sana sepak sini untuk habis kan masa program. Mestilah adalah modul dan penilaian serta pemantauan yang berterusan serta sistem pengiktirafan yang berkesan…macam mana tu UCU taklah tahu tapi dulu masa yang UCU tahu arwah abah UCU amat menggalakkan anak-anaknya bersukan. Caranya dia akan buat gelanggang badminton di hadapan rumah…atas rumput sahaja bergariskan minyak hitam. Raket beli raket kayu. Selain dari itu arwah abah UCU juga akan tengok anak-anaknya dalam perlawanan hoki. Balik rumah dia akan komen pada anak-anaknya apa yang dia tahu. Itu arwah abah UCU. Malah dia ada juga kata dengan arwah emak dulu yang dia bangga dengan anak-anak dia bersukan. Jadi bagi UCU sama lah kepada sukan negara semua pihak kena tunjukkan komitmen masing-masing, kurangkan bercakap, banyakan beraksi, dan menganalisis kelemahan mencari kekuatan. Bagi yang bijak pandai macam Profesor-profesor dan doktor-doktor falsafah di universiti-universiti jangan lah jadi pakar rujuk bercakap sahaja di rancangan-rancangan televisyen sahaja atau akhbar-akhbar dan ceramah-ceramah motivasi, cakap tinggi-tinggi bahasanya sampai kadang kala macam penglipur lara. Tapi perlu lebih praktikal, tukarkan falsafah dan teori-teori kepada yang boleh digunakan secara praktik dan munasabah untuk membangunkan sukan. Begitu juga pegawai-pegawai yang terlibat dalam sukan dan NGO-NGO serta persatuan-persatuan sukan jangan lah banyak sangat post mortem, mesyuarat sana sini, dan lawatan sana sini sampai keluar negara hendak mencari penyelesaian. Apa yang pasti mereka akan mencari juga pakar-pakar dan jurulatih luar negara sana sini apa hasilnya yang kita dapat berbaloi atau tidak. Value for money perlu diambil kira.
UCU fikir kita dah merdeka lama … keyakinan perlu ada di kalangan orang-orang di negara ini bahawa kita boleh bangunkan sendiri sukan kita dengan jurulatih-jurulatih kita - bukan hanya menjadi pembantu jurulatih. Bila tengok mata biru sahaja dah kata mereka lebih hebat. Tolonglah, kalau kita boleh percaya dengan Strategi Lautan Biru kenapa tidak gunakannya habis-habisan. Negara ini bukan kurangnya yang cerdik pandai memikirkannya. Terjemahkanlahnya. Gunakanlah NGO-NGO, ahli-ahli perniagaan yang kaya raya, syarikat-syarikat yang berjaya dan pakar-pakar yang bijak pandai di negara ini. Kalau boleh kerah juga budak-budak di pusat-pusat juvana, serenti dan banduan-banduan dengan konsep satu murid satu sukan tak – mudah kata Malaysia Boleh!. Mat-mat rempit, kaki pecut di jalan raya tetapkan dendaan mereka bukan duit tapi kenakan tahanan konsep bersukan. Kaki-kaki pukul yang kena tangkap lak galakkan sahaja masuk sukan-sukan combat – bukankah mereka ini sering ditunjukkan dalam filem-filem negara sekarang sebagai yang hebat beraksi. Mereka kena bersukan sebagai dendaan. Malah mereka dengan bersukan mungkin boleh merubah kehidupan mereka yang bermaruah menjadi orang yang berguna dan baik serta menyumbang kepada masyarakat.
Sukan ini semua orang suka ikut minat masing-masing. Kalau tidak minat kenapa pula kita percaya modul satu murid satu sukan itu di laksanakan. Pihak kerajaan melalui agensi-agensi kena jadi hero yang tulen dan berhemat. Tutup mulut rakyat atau biar ternganga mulut rakyat bila hari-hari mendengar kejayaan demi kejayaan atlet-atlet negara. Biar mereka terlupa sejenak dengan isu-isu GST, isu-isu politik, isu-isu retorik dan macam-macam lagi. Mereka yang sebelum ini sesat dari kehidupan masyarakat menjadi baik dan kembali bermaruah di mata masyarakat. Tengok bola sepak menang sahaja. Tengok hoki – menang sahaja. Tengok badminton – menang sahaja. Tengok tinju – menang. Tengok silat – menang saja. Malah tengok batu seremban – menang juga. Kalau boleh sukan ini sebagai satu sumber kerjaya kepada rakyat kita. Sukan yang benar-benar yang memberi gaya hidup yang sihat sepanjang masa kepada rakyat. Bukan dengan gah penganjuran. Bukan dengan K-POP pengisi semangat sukan. Fenomena sukan sepatutnya bukan bermusim macam banjir, semua pihak akan bersuara, ada yang dipersalahkan, ada yang menunjukkan diri, ada pihak yang dipersoalkan tanggungjawab dan pelbagai lagi. Rakyat tetap akan tidur di balai raya, sekolah-sekolah, bergotong royong masak dan beraksi dalam pelbagai watak dalam pelbagai cerita dan penceritaan sebelum, semasa dan selepas banjir. UCU masih terbayang dan berbangga dengan nama-nama seperti Marina Chin, Nurul Huda Abdullah, Mokhtar Dahari, Soh Chin Aun, Santokh Singh, Hassan Sani, James wong, Soo Chin An, Adnan Saidin, R.Aramugam, Misbun Sidek, Jalani Sidek, Razif Sidek, Nordin Jadi, Zaki Sadri, Hanapiah Nasir, Zaiton Othman, V. Subramaniam, B. Rajkumar, dan Osman Alwi. Kini UCU bangga dengan Nicol David, Lee Chong Wei, Khairul Fahmi Che Mat, K. Reuben, Aidil Zafuan, Mohd Safee Mohd Sali, Safiq Rahim, Faizal Saari dan Fitri Saari. Tapi melahirkan jaguh-jaguh seperti mereka ini bagai musim banjir. Akan hilang bila musim tengkujuh berlalu. Inilah yang perlu difikirkan dan direnung-renungkan.
Berbincang pula tentang banjir. Macam mana lak hendak perkatakan tentang fenomena banjir di negara ini. Banjir juga macam sukan juga. Ada musimnya. Senang kata bila musim tengkujuh adalah berlaku banjir. UCU sendiri lahir di daerah yang sering di landa banjir. Cuma bernasib baik kawasan rumah UCU jauh beberapa kilometer dari kawasan banjir. UCU dah faham benar bila musim banjir sahaja mula lah dengar cerita-cerita sedih dan rasa simpati di laporkan dalam berita-berita dan akhbar-akhbar. Mula lah orang-orang berpangkat dan berpengaruh dan berkuasa bercakap, mengulas dan tunjuk muka turun padang menunjukkan simpati. Mula lah ramai individu-individu bercakap mengingatkan tentang doakan kepada mereka yang dilanda banjir.
Wah! sungguh ramai yang ingin bercakap dan memberikan laporan mereka telah beraksi dengan sewajarnya. Tidak juga sunyi dengan suara-suara yang tidak berpuas hati kepada pihak-pihak tertentu. Terkini ada kawasan yang terputus bekalan makanan, elektrik, hilang punca pendapatan dan bermacam-macam-macam lagi kesusahan yang ditanggung. Banyak kerugian ditanggung. Yang sedih ada pula yang dijadikan cerita banjir ini sebagai bahan jenaka untuk peroleh pendapatan. Kisah banjir sebagai bahan politik. Mungkin kah juga ada penipuan kutip sedekah atau derma untuk mangsa banjir? Tak berani UCU hendak kata yea ada. Cuma kalau yang meminta bantuan atau derma secara rasmi UCU kata memang ada. Itu lah kehebatan di Malaysia. Rakyatnya suka menderma. Yang tunggang langgang mabuk pun menderma juga. Memang hebat! Dalam masa yang sama juga rakyat kita juga menderma untuk mangsa taufan Haiyan di Filipina dan juga mangsa kezaliman Israel di Gaza dan Palestine. Rakyat Malaysia juga menunjukkan keprihatinan dengan menghantar melalui pasukan-pasukan sukarelawan melalui NGO-NGO untuk misi kemanusiaan ke negara-negara tersebut. Pemimpin-pemimpin negara ini juga tidak kira dari mana pihak cukup prihatin dengan mangsa taufan dan misi-misi kemanusiaan di Gaza dan Palestine itu.
Memang hebat! UCU sangat bangga dengan semua penglibatan sedemikian. Cuma UCU tidak mampu berbuat sedemikian. Sebab UCU bukan berpengaruh, tidak cerdik malah jauh lagi mempunyai keberanian untuk ke negara yang kacau bilau sedemikian. Kecuali apa yang termampu memberi sumbangan kewangan tidak seberapa. Bagaimanapun, entah kenapa hari ini UCU terfikir sesuatu. Kalau derma dan pelbagai tabung-tabung ditubuhkan untuk misi kemanusiaan pastinya menjangkau kutipan dalam jumlah yang banyak. Malah jumlah perbelanjaan atau pembiayaan untuk menyalurkan bantuan juga banyak. UCU tertanya-tanya juga tidak kah memakmurkan orang yang terdekat adalah lebih baik sebelum memakmurkan orang yang lebih jauh. Bila yang telah makmur barulah secara jitu kita boleh memakmurkan orang yang lebih jauh. Agaknya lah, begitulah UCU fikirkan. Kenapa UCU boleh fikir sebegini? Sebab UCU terfikir orang di negara ini masih ramai merungut, masih ramai yang menunjukkan ketidakpuasan hati dan masih yang memerlukan bantuan dari pelbagai aspek seperti pembiayaan perubatan, kemiskinan, memerlukan air bersih, bekalan elektrik, pendidikan, pekerjaan, rumah, teknologi pertanian, pembiayaan modal keusahawanan dan pelbagai lagi.
Cuba lah lihat kawasan-kawasan mangsa banjir siapa yang ramai menjadi mangsa. Lokasi mereka di mana? Mengapa mereka sentiasa dilanda banjir. Kalau di KL banjir kilat. Pastinya pada musim tengkujuh dalam bulan November hingga Disember / Januari yang pasti mereka suka tidak suka akan pasti terpaksa tidur di pusat-pusat mangsa banjir. Pihak-pihak tertentu sebelum itu akan kata juga mereka telah bersedia menghadapi musim banjir. Derma dan tabung banjir dibuka. Bila reda banjir mula lah mentafsirkan kerugian yang ditanggung. Itulah rutin setiap tahun. Ada pihak tertentu mengatakan sistem menangani banjir ini adalah yang terbaik di dunia dan pelbagai pengakuan di mana pada UCU perlu berhati-hati supaya tidak dikatakan SS (syok sendiri).
Memang UCU tahu banjir ini di sebabkan hujan. Hujan adalah rezeki dari Yang Maha Kuasa. Ujian yang diberikan kepada mangsa dan pemerintah. Tapi UCU tertanya-tanya apakah usaha sebagai manusia untuk menjadikan banjir ini sebagai suatu yang dapat memakmurkan mangsanya. Mangsa akan bersyukur bila musim banjir. Atau mereka tidak menghadapi banjir yang dikatakan bencana alam ini. Adakah banjir ini disebabkan hujan yang mencurah-curah turun hingga kawasan penempatan ditenggelami air. Atau air tidak dapat disalirkan dengan baik ke sungai-sungai. Sungai-sungai airnya naik kerana tidak dapat disalirkan ke laut dengan baik. Atau terdapat kuala-kuala sungai yang sempit atau sungai dah disempitkan. Atau habis hutan-hutan di tebang. Atau senang kata disebabkan tangan manusia menyebabkan banjir. Atau cerdik pandai di negara ini telah habis gunakan akal mereka untuk mengatasi masalah banjir ini. Bagaimana dengan sejarah dulu-dulu di tempat-tempat ditenggelami air ini adakah memang kawasan banjir. Banyak kemungkinan-kemungkinan. Apa yang pasti setiap tahun akan adalah temu ramah dengan mangsa-mangsa banjir. Bila di amat-amati betul-betul mereka ini duduk di atas tikar mengkuang/plastik/getah. Kelihatan juga bantal dan buaian bayi. Malah kalau ditinjau-tinjau mangsa-mangsa banjir ini tidak kurang juga menghadapi kepayahan dan ujian. Dari sudut ini adakah itu persediaan yang telah dibuat oleh pihak-pihak tertentu. Apakah penambahbaikan dan inovasi yang telah dibuat untuk memakmurkan mangsa banjir. Cukup kah bantuan yang diberikan? Itu belum lagi selepas menghadapi banjir. Petani-petani akan tercari-cari lembu, ayam itik, dan kambing mereka. Penoreh-penoreh akan menepuk-nepuk pokok getah mereka. Murid-murid dan guru-guru akan membasuh sekolah mereka. Ahli jawatan kuasa masjid akan bersihkan masjid-masjid. Maka banyak lah gotong-royong yang dibuat. Banyaklah pelupusan barang-barang yang dibuat. Itulah rutin setiap tahun.
Di sini timbul persoalan UCU, masih boleh kah pihak tertentu fikirkan gembleng kan bijak pandai di negara ini untuk tukar rutin tahunan ini sebagai kepada suatu suasana yang lebih memakmurkan? Paling takjub daripada banjir kepada tidak banjir. UCU percaya perkara ini boleh dibuat. Sebuah negara yang gurun pun telah terbukti boleh dihijaukan dengan kawasan pertanian sebab teknologi pengairan. Maka, mana perginya jurutera-jurutera kita? Mana perginya jutawan-jutawan negara ini? Mana pergi orang-orang yang bergelar profesor-profesor dan doktor-doktor untuk menangani dengan keilmuan mereka? Mana perginya pengurus-pengurus yang hebat di negara ini untuk menyelesaikan permasalahan banjir ini? Negara ini hebat dengan sukarelawan-sukarelawan yang sanggup bertarung nyawa ke negara yang kacau bilau. Mengapa tidak kita memakmurkan orang-orang di negara ini. Banjir masih berlaku setiap tahun. Mangsa banjir seperti juga yang masih ramai di negara ini yang memerlukan bekalan air bersih, bekalan air bersih, jalan raya, pembiayaan perubatan, pembiayaan pendidikan, teknologi pertanian, pekerjaan dan macam-macam lagi.
Masih lagi UCU percaya, kurangkan lah bercakap untuk memakmurkan negara ini, tapi lebihkan beraksi untuk kemakmuran. Bukan juga leka dengan K-POP. Belanja K-POP dan berdebat tentang pembiayaan untuk K-POP. Pergilah dan cari lah masa berjalan-jalan dan pengorbanan di pelosok negara ini. Banjir hanya suatu fenomena di negara ini yang perlukan penyelesaian berterusan. Tapi memakmurkan mangsa banjir di negara ini juga suatu yang baik dan pengorbanan. Bagi UCU mudah sahaja kalau ada rancangan jalan-jalan cari makan atau cerita jalan-jalan cari saka…maka jalan-jalanlah lihat kehidupan sebenar rakyat Malaysia yang berbilang bangsa… pergilah tengok ke Ulu Sugut, Ranau Sabah – ada tiang elektrik tapi tiada elektrik - adakah sama persoalannya tentang situasi penduduk di Gaza. Pastinya tidak sama tapi bagaimana sebuah negara yang mempunyai kekuatan sumber sukarelawan dan kutipan tabungan mempunyai kerakyatan yang sama masih tiada elektrik, air paip dan jalan raya yang berturap dan anak-anak yang ke sekolah terpaksa berjalan kaki hampir 5 jam sehari. Banyak lagi kawasan-kawasan penempatan seumpama di Sabah dan Sarawak. UCU sebagai seorang Islam juga tertanya-tanya bagaimana atau adakah pendakwah-pendakwah atau sukarelawan-sukarelawan mengambil peluang berbakti dan menyumbang sesuatu tempat-tempat sebegini. Ini baru program realiti. Bukan itu sahaja di negeri-negeri semenanjung Malaysia juga apa kurangnya, masih ada masalah air walaupun negeri sering di landa banjir. Tidak kah suatu yang pelik. Adakah hendak dapatkan khidmat nasihat dari orang-orang mata biru juga. Bagi UCU tidak cukup kah kita hantar mereka yang mengaji dan dapatkan ilmu dari negara-negara luar sana untuk gunakan kepandaian mereka untuk bangunkan negara mereka ini.
UCU terfikir juga bila musim banjir maka ada manusia yang gembira kerana meraih keuntungan. Sebab permintaan selimut, payung, bantal, tikar, makanan dalam tin dan apa jua keperluan asas akan meningkat. Selepas banjir, permintaan perabot meningkat, dan permintaan karpet meningkat. Yang pasti mat-mat Pakistan di Nilai 3 akan tersenyum lebar bila permintaan karpet, kain, langsir akan meningkat…yea ke? Agak UCU lah. Sebab kerap lihat orang sentiasa ramai datang ke Nilai3 walau musim hujan. Nombor plat kenderaan pun banyak yang bermula dari huruf ‘D’, ‘K’, ‘T’ dan ‘C’. Tidak kurang juga huruf bermula dari ‘J’ dan ‘W’. Kedengaran juga “Carpet tuk Jah kat Pekan..bolehkan Bang. Habis banjir tempoh hari..”.
UCU juga terdetik rasa simpati yang amat sangat kepada mangsa banjir, sedang mereka kesejukan, menyinsing seluar atau kain mengharungi air, tidur beralas tikar. Lebih-lebih lagi lihat mat-mat/minah-minah Indon, Vietnam, Bangla-Bangla, Pakistani, Myanmar, Pilipino dan negro-negro boleh mengilai gelak ketawa di pusat-pusat beli-belah, panggung wayang, di pasar-pasar malam, bank-bank, dalam bas-bas di sekitar sama ada di Kuala Lumpur, Alamanda Putrajaya, Bandar Baru Nilai, Seremban, Ipoh, dan Penang. Mereka gelak, mereka ketawa, mereka mengilai memperlihatkan kemakmuran mereka di negara ini sedangkan ada rakyat negara ini sedang ditimpa musibah. Selamba sahaja mat-mat Indon menukul, menggerudi dan menyimen rumah orang. Selamba sahaja Bangla-Bangla main mata dengan gadis-gadis tempatan di kilang-kilang, Tasco dan Giant. Selamba rock sahaja mat-mat Pakistani memanggil “adik manis” …”adik cantik” .. di kedai-kedai kain, tudung, dan carpet di Nilai 3, Central Market, dan Jalan Tengku Abdul Rahman. Selamba sahaja mat-mat negro berkepit dengan gadis-gadis tempatan sama ada bertudung atau tidak bertudung di sekitar Kuala Lumpur. Wah, adakah satu kejutan! Atau biasalah! UCU tidak mampu …tapi UCU percaya di negara ini ramai atau banyak pihak yang mampu merubah keadaan ini. Itulah lah apa yang patut dan apa yang harus perlu difokuskan untuk memakmurkan rakyat. Banjir satu isu fenomena bila hujan yang turun. Tapi negara ini juga dibanjiri dengan mereka dari luar yang mencari kemakmuran tapi kurang adab. UCU dengan rasa rendah diri berkata “TIDAK PATUT!”.
Jadi apa yang UCU hendak bandingkan sukan dan banjir ini. Apakah persamaannya? Dan apakah perbezaannya? Susah lah UCU hendak kata. Cuma UCU kata apa yang sama iaitu kedua-dua tidak boleh diselesaikan dengan K-POP. Apa pula perbezaannya ialah orang yang beraksi, contoh, dalam bersukan atlet beraksi untuk bersaing memperoleh kemenangan; mangsa banjir beraksi untuk kelangsungan hidup.
UCU masih ingat kata dari arwah abah UCU berkata “…beza budak dengan orang tua…kalau bagi makan ni adalah lebih baik beri kepada budak-budak. Budak-budak tak tahu sangat nak mengata berbanding orang yang tua-tua ni. Budak-budak kalau makanan tak sedap, betul dia kata makanan tak sedap. Tapi mereka masih gembira dan pergi main. Tapi orang tua-tua lain, makan sedap pun mereka boleh kata makanan tidak sedap. Tapi makan dua pinggan...”. Sekarang baru UCU terfikir susah hendak memakmurkan orang yang dikatakan manusia ini walaupun diberi makan yang sedap masih ada sahaja yang tidak kena. Semakin berpengalaman maka masih banyak penilaian dibuat. Tapi kalau yang masih mentah sangat jujur hatinya dengan kehidupan yang lebih ceria. Maka sepatutnya bersyukur dengan rezeki yang diberikan. Sungguhpun begitu mesti ada yang memberi dan mesti ada yang merasa. Bagai dikata “ada ubi ada batas, ada budi ada balas”.
Arwah emak UCU juga ada berkata “…belajar lah makan apa yang ada, belajar susah sikit, biar esok lusa senang…tak lah merungut aje”. Dulu UCU terfikir juga macam mana makan apa yang ada contohnya nasi berlauk sambal belacan, ikan sardin, dan sayur pucuk ubi masak lemak boleh senang kemudian hari. Sekarang baru UCU sedar maksudnya senang menyesuaikan diri dengan kesusahan dan bersyukur dengan rezeki yang diberi. Masa UCU di Universiti pun macam itu lah pernah makan roti sahaja sebab putus duit belanja. Malah disiplinkan diri iaitu ambil sarapan hanya bila lapar, makan tengah hari nasi berlaukkan sayur dan kuah. Makan malam berlaukkan ikan atau daging. UCU juga bersukan dan ada lah juga ikut aktiviti sukarelawan yang dianjurkan persatuan, contoh program kampung angkat. Itu kenangan lama dulu.
Pendek kata daripada UCU, tolong lah jangan leka untuk selesaikan masalah dengan K-POP. Fikir-fikirkan “maju sukan untuk negara”. Renung-renungkan “roti kosong banjir, satu!”.
Salam jua.
-UCU-
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment