Nilai Impian | Sabtu | 12.10.2011 |11.30 malam | Panas
Gempak juga bagi UCU apabila pemimpin negara, pemimpin-pemimpin masyarakat, pemimpin-pemimpin agensi-agensi dan pegawai-pegawai kerajaan berapi-api bercakap pasal amalan budaya prestasi tinggi. Budaya prestasi tinggi ini telah dijadikan salah satu nilai aspirasi negara. Hasrat negara nilai ini perlu dipupuk dalam masyarakat negara ini tidak mengira siapa asalkan mereka adalah warga negara Malaysia. Kalau ikut teori dengan mengamalkan budaya prestasi tinggi ini, diyakini memberi peluang kepada sesebuah organisasi memperoleh manfaat dan keuntungan. Misalnya, kalau sesebuah organisasi yang berorientasikan keuntungan macam syarikat penerbangan, syarikat perkapalan, restoran, perkilangan dan sebagainya, maka teori mengamalkan budaya ini akan membawa organisasi seperti ini bertahan lama dalam perniagaan masing-masing dan boleh berjaya mengaut keuntungan. Bagi organisasi yang bukan berpaksikan keuntungan pula macam agensi-agensi kerajaan maka reputasi dan imej agensi berkaitan baik di mata pelanggan kerana kecekapan dan keberkesanan dalam penyampaian perkhidmatan. Keberhasilan nya pelanggan atau rakyat mendapat manfaat dan mencipta kemakmuran negara – itulah yang selalu diperkatakan oleh pemimpin-pemimpin negara.
Dalam isu budaya prestasi tinggi ini, UCU hendak membawa kepada satu pandangan berdasarkan pengalaman UCU memerhatikan generasi muda yang menjadi penyumbang tenaga kerja di negara ini. Mereka ini ramai lah yang longlai dalam keupayaan dan kecekapan bekerja. Terutamanya dalam kumpulan kolar biru – UCU fokuskan dalam beberapa kejadian dalam industri perkhidmatan makanan. Dalam bekerja atau melaksanakan tugas, menimbulkan persoalan sama ada mereka ini melaksanakan budaya prestasi tinggi atau pun tidak dalam pekerjaan mereka. Ini UCU cuma kaitkan dalam satu isu sama ada budaya prestasi tinggi ini diamalkan atau tidaknya oleh generasi muda di negara ini. Terutama dalam bekerja di peringkat kolar biru atau separa mahir. Secara mudah budaya prestasi tinggi ini telah ditakrifkan oleh negara sebagai melaksanakan tugas bukan dengan sambil lewa atau acuh tidak acuh. Tapi, malangnya budaya prestasi tinggi dalam bekerja ini tidak dapat dilihat berlaku sepenuhnya pada tenaga kerja muda berkolar biru di negara ini terutama dalam skop perbincangan UCU iaitu di industri perkhidmatan makanan.
Walaupun pengangguran masih berlaku di negara ini, di kalangan generasi muda negara ini, tapi apa yang dapat di katakan menyedihkan bila melihat mutu dan kualiti mereka bekerja. Beberapa kejadian berlaku dalam pengalaman UCU berkaitan mutu dan kualiti orang-orang muda sekarang bekerja dalam industri perkhidmatan makanan, tidak kiralah di peringkat outlet-outlet makan segera yang ternama, restoran-restoran, kedai-kedai makan dan warung-warung. Longlai betul mereka bekerja.
Pengalaman UCU kepada sebuah syarikat ternama perkhidmatan makanan segera di Malaysia yang jenamanya terkemuka. Syarikat X. UCU telah lama jadi pelanggan syarikat X ini, pada mulanya dulu outlet-outlet syarikat X ini cukup bagus dari aspek layanan dan perkhidmatannya. Kira berbaloi lah dengan cukai perkhidmatan yang dikenakan pada UCU. Masa itu staf mereka di outlet-outlet adalah Mat-Mat Bangla. Cuma dilihat manager dan penyelianya dari warga negara Malaysia. Bagus sekali layanan dan komitmen mereka. Mereka tak main-main masa bekerja. Sangat fokus dengan kerja mereka. Cuma UCU tidak suka sebab bagi UCU mereka telah menutup peluang tenaga kerja tempatan bekerja di tanah tumpah darah mereka. UCU kata ‘Apalah syarikat X ni, tak ada ke lagi orang negara ini nak kerja”. Tapi sejak outlet-outlet syarikat X diambil alih generasi muda tempatan bekerja, macam mana UCU nak kata, kalau tak kata begini, “Teruknya mereka bekerja, macam ni punya layanan ke?”. Tak berkualiti dalam mereka bekerja. “Hampeh!”, kata anak UCU. Itu tadi syarikat X. Macam mana pun, UCU masih juga dapatkan makanan dari jenama X ini, sebab ahli keluarga suka dan bukan masalah pada makanan tapi pada stafnya. Untuk masak sendiri makanan Itali ini tidak pula pandai, maka kenalah beli juga.
Cerita syarikat jenama Y pula, pun macam itu juga. Dulu warna kuning dan merah simbolnya tapi sekarang hitam. Badut nya tak berubah. Untuk kegembiraan kanak-kanak kononnya. Layanan dan perkhidmatan di outlet-outlet syarikat Y ini pun mengecewakan juga, amalan budaya prestasi tinggi - jauh panggang dari api. Dulu cukup bagus, itu pun sama dengan syarikat X kerana dulu ramai staf dari kalangan Mat-mat Bangla yang kerja, meja bersih, lantai bersih dan pesanan dipesan sentiasa lengkap - tak terlupa sana, tak terlupa sini. Cuma UCU menyampah mereka ini tak pernah nak senyum dan ada sikit bau tak sedap. Tapi kerja tip top. Masih sama UCU kata ‘Apalah syarikat Y ni, tak ada ke lagi orang negara ini nak kerja. Nak untung aje”. Tapi kini dilihat apabila diambil alih generasi muda tempatan, lagi menyampah UCU. Bukan kata tak senyum, boleh kata banyak terlupa dan memanjang tersilap pesanan. Banyak main-main bila kerja dan tidak fokus. Malah kadang-kadang UCU pula ditegur. Pernah suatu pagi untuk sarapan pagi lebih kurang pukul 6.40 pagi, UCU sampai di kaunter, tak ada yang nak layan. Sebaliknya, terjerit sesama sendiri untuk tentukan siapa hendak layan. Malah UCU pernah buat aduan di ibu pejabat (aduan pelanggan) syarikat Y sebab layanan dan menu yang dipesan tidak mencukupi disajikan. Malangnya sampai sekarang tidak ada maklum balas. badut betul syarikat Y ini, macam badut trademark mereka juga. Tapi UCU masih juga dapatkan makanan dari outlet-outlet syarikat Y ini sebab anak-anak suka makanan segera tersebut. Ya juga masalah staf bukan makanan. Tapi kalau ikutkan hati UCU hendak pulaukan sahaja. Itu lah kelemahan UCU, selalu kata ‘tak apa’ harap-harap berubah satu hari nanti.
Bila UCU perhati dan timbang fikir sikit-sikit, UCU boleh kata Mat-mat Bangla yang bekerja di negara ini bukanlah rajin sangat tapi fokus dan komited dengan kerja mereka, walaupun di katakan ada di kalangan mereka bawa masalah sosial. Ini mungkin agaknya mereka rasa susah dapat kerja di negara asal mereka dan mereka punya matlamat di negara ini ialah untuk bekerja. Tapi yang peliknya pula, anak bangsa sendiri macam malas bekerja dan acuh tak acuh bila bekerja. Pengalaman UCU petang tadi, UCU dan keluarga pergi makan tengah hari di Alamada, Putrajaya di sebuah restoran Z -makan laut (seafood) jenama terkenal juga. UCU cukup puas hati. Pada UCU dari dulu sampai sekarang, layanan restoran ini konsisten baik. Sekejap masa dulu UCU tidak makan sebab dapat perkhabaran semua restoran Z ini tidak halal. Tapi kini telah sahih halal. Tadi, siap UCU bagi kredit pujian pada penyelia restoran itu kerana layan staf mereka yang berbudi bahasa dan layanan yang baik, makanan pun sedap dan bersih. Tapi itulah yang UCU kata staf mereka tu Mat-Mat Bangla dan Minah-Minag Indon. Mungkin penyelia dan manager sahaja orang tempatan. UCU pasti latihan yang diberikan oleh mereka baik dan bersistematik. Kerana, mana-mana UCU pergi makan di restoran-restoran Z ini memang macam itu baiknya layanan yang diberikan. Malah manager dan penyelia pun berkata memang agak sukar pekerja tempatan untuk sampai standard mereka bekerja, sebab mereka setia, hormat dan komited.
Sedihkan bila tengok generasi bangsa sendiri tidak macam mereka dari luar negara yang mempunyai budaya berprestasi tinggi dalam kerja mereka. Kalau macam ini lah punya keupayaan generasi muda negara ini bekerja, maka sebab itu banyak syarikat multinasional ambil orang luar negara bekerja di negara ini. Di samping mendapat gaji yang mereka sanggup, bagi pandangan rakyat di negara ini gaji yang rendah - tapi mereka memberikan kualiti kerja yang baik dan setia serta komited. Bagi UCU itu lah maruah mereka yang bernilai tinggi dalam pekerjaan.
Macam mana lah longlainya generasi muda kita bekerja sekarang. Yang jelas mereka ini suka main-main dan suka berbual-bual dan lepak-lepak masa bekerja. Malah tidak boleh hendak ditegur. Suka curi tulang. Dan tidak sedar diri dengan kerja atau tanggungjawab mereka. Kasar kalau UCU kata mereka ini ‘pemalas’ dan ‘sombong bodoh’. Lihatlah mereka yang kerja di pasar-pasar raya. Dapat dilihat ketara sungguh antara pekerja-pekerja orang tempatan dan pekerja-pekerja luar negara ini Mat-Mat Bangla dan Minah-minah Indon. Bahasa Melayu berterabur, Bahasa English jauh sekali. Tapi mereka ramai yang bagus bekerja. Generasi tempatan pula, ramai tidak bagus dari yang bagus.
Bimbang betul dengan generasi muda sekarang ini. Mereka ini mungkin banyak anggan-anggan kosong. Asyik dengan “cinta muka buku”, banyak masa dengan facebook, leka dengan SMS, bergayut di hand phone, asyik peluk i-phone, gian dengan motor, lalai dengan game, terkinja-kinja dengan hip hop lah dan macam-macam lah. Boleh hancur negara kalau mereka dengan dunia mereka ini. Kolar putih ada cerita juga tapi UCU tidak lah hendak bincangkan dulu. Janganlah marah kalau UCU kata mereka ini ramainya orang yang dikatakan bangsa Melayu yang beragama Islam. Tolonglah…celikkan mata hati mereka ini. Mereka perlu dapat lihat sendiri di sekeliling mereka, world view yang sebenar … jangan biarkan mereka menangis bila rambut mereka telah beruban...dan mereka akan jadi macam generasi sebelum akan menyalahkan orang lain atas kegagalan dalam hidup atau tiada peluang yang diberi. Siapa agaknya yang bertanggungjawab untuk suburkan amalan budaya prestasi tinggi dalam diri generasi muda kini khususnya dalam alam pekerjaan dan jadikan satu realiti dalam diri mereka. Seperkara yang ditakuti jika nanti ada lirik lagu seperti ini:
Memang tak ada pekerja seperti engkau,
tapi yang lebih baik banyak
Memang tak ada pekerja sehebat engkau
tapi yang lebih hebat banyak
Maka tak perlu kau susah hati,
banyak pekerja yang bisa aku pilih
untuk aku jadikan sandaran hati
Memang tak ada pekerja sesetia engkau
tapi yang lebih setia banyak
Memang tak ada pekerja sehandal engkau,
tapi yang lebih handal banyak
Maka tak perlu sedu sedan itu
jangan sampai kau rendahkan dirimu
memaksa aku menjadi majikanmu
Oo mamat mamat jangan kau marah sebab ku tolak,
ku tahu kamu cerdik
Ku percaya kau baik
Ku yakin pasti ada
majikan lain yang tertarik
Oo mamat jangan kau dendam sebab aku enggan
Pekerja aku mahu tapi tidak denganmu,
ku sudah ada satu pekerja yang menunggu
Ceritanya aku sedang sedang belajar setia
makanya dari itu kamu jangan memaksa
kerana aku memang tak suka pemalas
Oo minah minah jangan kau marah sebab ku tolak
ku tahu kamu cerdik Ku percaya kau baik
Ku yakin pasti ada majikan yang tertarik,
oo minah jangan kau dendam sebab ku enggan
Pekerja aku mahu Tapi tidak denganmu
Ku sudah ada satu pekerja yang menunggu
Oo mamat minah jangan kau marah sebab ku tolak,
ku tahu kamu cerdik Ku percaya kau baik
Ku yakin pasti ada majikan lain yang tertarik,
oo mamat mainah jangan kau dendam sebab ku enggan
Pekerja aku mahu Tapi tidak denganmu
Ku sudah ada satu pekerja yang menunggu
Memang tak ada pekerja seperti engkau,
tapi yang lebih baik banyak
Akhir kata dari UCU, ini bukan tuduhan tapi begitulah dari pandangan. Budaya prestasi tinggi, dengar gempak. Tapi longlai lah generasi muda kini. Jadi apa patut buat? .... Bangun! Bangun! Bangun lah!
Salam jua.
-UCU-