Sunday, December 22, 2013

SUKAN DAN BANJIR

SUKAN DAN BANJIR Nilai Impian | Isnin| 23.12.2013 |6.30 pagi | Sejuk Sukan dan banjir adalah dua fenomena yang berbeza yang tidak boleh dibandingkan antara satu sama lain. Benarkah dua fenomena yang tidak boleh di banding-bandingkan ini? Kalau banding pun nanti ada orang kata mana mungkin bandingkan antara buah oren dengan buah epal, mana boleh? Yea tak yea juga. Rasa jus kedua-dua buah pun berbeza. Namun kedua-dua penyumbang vitamin C. Inikan pula hendak membandingkan sukan dengan banjir, mana mungkin. Sungguhpun begitu UCU hari ini terpanggil untuk bincangkan perkara ini dan mencari-cari apa yang boleh dibincangkan bersama dalam kedua-dua fenomena di negara ini. Jadi UCU tulis sahaja secara spontan pandangan atau idea yang terfikir atau yang hendak UCU luahkan. Fenomena sukan memang menjadi tradisi di semua negara. Malah penjenisan sukan pun telah menjadi reputasi sesebuah negara dan individu serta pasukan. Bila sebut bola sepak atau football sahaja ramai akan spontan ramai akan terbayangkan Manchester United (England), Chelsea (England), Real Madrid (Sepanyol), Red Warrior (Kelantan), JDT (Johor) macam-macam lagi. Dan, bila ingat bola sepak akan terbayang sorakan, nampak gol-gol yang memasuki gawang gol. Bila sebut badminton mula terfikir Lee Chong Wei, Lin Dan, Chen Long, Jorgensen dan ramai lagi. Bila Muay mula nampak negara Thailand. Bila sebut golf maka tergambar Tiger Woods dan Phil Mickelson. Sebut sahaja apa jenis sukan akan terbayang siapa jaguhnya, mana negara yang hebat dan tidak kurang juga siapa yang paling mengungguli nya, dan siapa yang kaya raya dengannya. Maka, kalau hendak perkatakan tentang fenomena sukan memang lah luas dan bermacam-macam boleh dibincangkan hingga kepada teori dan falsafah. Dari perdebatan kedai kopi hingga ke peringkat kabinet dan peringkat parlimen. Malah boleh membawa pertengkaran kecil kepada pergaduhan dan keganasan. Banyak contoh yang boleh diberikan tapi yang ketara bola sepak lah boleh tengok bila penyokong fanatik bertempur atau merusuh apabila pasukan yang disokong tewas. Banyak berlaku di negara-negara termasuklah di negara kita. Malah di Malaysia pun sikap penyokong pasukan bola sepak juga menunjukkan sikap yang kurang betul dan kurang bijak. Terkini, lihat sahaja bila ada di kalangan rakyat Malaysia yang sering dikaitkan dengan budaya sopan santun mula menggunakan perkataan kesat kepada FAM kerana tidak berpuas hati dengan pengurusan FAM. Ditulis dinding-dinding tandas, bangunan dan malah dalam laman-laman sosial…malu lah. Tak kira sama ada dalam bahasa Melayu, Inggeris, Cina, Tamil, Kadazan, Spain dan pelbagai bahasa macam-macam yang ditulis tentang FAM. Lebih teruk bila skuad Harimau Muda pulang tangan kosong dari Temasya Sukan Sea 2013 di Myanmar, mula ramai yang mengkritik dan yang hendak jadi hero bercakap ikut nafsu dan emosi. Bagi UCU, apa lah, yang kalah itu kalah lah, buat apa hendak menyakiti hati sesiapa. Gunakan lah email atau surat apa atau apa sahaja kalau tidak puas hati kepada pihak tertentu supaya siapa pun tidak tahu. Tiada yang diaibkan. Dan bagi sesiapa atau pihak yang buat kesilapan itu mengaku sahajalah kelemahan dan wujud kesedaran diri untuk buat sesuatu yang wajar. Di dunia ini manalah ada orang yang hebat mengurus, bermain, berkuasa mutlak dan sempurna. Kalau sebagai seorang Islam, kena menginsafi diri dan muhasabah diri kerana setiap masalah di atas dunia ini adalah berpunca dari tindakan manusia itu sendiri. Maka ini tidak, semua peringkat hendak bercakap dan dedahkan pekong untuk semua orang tahu. Buat apa hendak ceritakan banyak keburukan. Adalah lebih baik ceritakan banyak kebaikan yang sebenar, bukankah lebih baik. Bukan sahaja bola sepak, malah tentang sukan lain juga dapat dilihat macam-macam lagi. Macam suasana bahang temasya Sukan SEA 2013 di Myanmar, di mana wujud suasana jurulatih merajuk lah, jurulatih terkilan hingga hendak meletakan jawatan lah, serta pelaporan wartawan yang dangkal yang tanpa mempedulikan perasaan orang lain membangkitkan kemarahan dan ketidakpuasan peminat dan pengurusan persatuan. Atlet-atlet negara yang gagal atau tewas dalam acara masing-masing dikritik. Macamlah senang bila hendak bersaing di pentas sukan ini. Macam lah hebat setiap atlet negara yang di hantar dan mereka mesti menang. Ingatlah atlet-atlet negara lain pun hebat. Atlet-atlet negara yang menang di gembur-gemburkan berlebih-lebih hingga ada pihak yang meluat dan cemburu. Malah persatuan dengan persatuan pun cemburu juga. Semua orang perlu ingat takdir. Rukun negara ini juga termaktub dengan Kepercayaan kepada Tuhan sebagai keutamaan. Maka kekal lah sebagai rakyat yang mempercayakan yang Maha Esa. Maka kuatkan usaha dan kebijaksanaan dalam menghadapi di masa depan. Bukan banyak bercakap mengarut, mengapi-api dan memburukkan sesiapa. Persoalan utama ialah kuadrat atlet-atlet dan persatuan-persatuan/ kelab-kelab yang gagal dan berjaya siapakah hendak puji secara berhemah? Macam mana yea orang akademik melihat atlet-atlet yang kalah ini? Adakah mereka akan menjadikan kajian baru atau teori-teori baru? Bagaimana Pak-pak menteri di negara kita melihat dan menilai kekalahan dan kelemahan yang di kecapi? Bagaimana Yang Berhormat-Yang Berhormat di Dewan Negara, di Dewan Rakyat dan di Dewan-Dewan Negeri? Atau menjadi isu politik, perdebatan ahli-ahli politik? Bagaimana rakyat keseluruhan menghadapi kegagalan ini sebagai menguatkan lagi sokongan kepada pembangunan sukan negara? Adakah persoalan ini lebih menjadi bahan penonjolan diri individu-individu tertentu yang sekali pandang tiada lah apa-apa sangat, tetapi bila di dalami mula menimbulkan keraguan sama ada di kalangan mereka ini tanpa sedari menunjukkan kemegahan, keangkuhan, kesombongan, ketakburan, dan kebongkakan. Namun tidak kurang juga dikesani di kalangan mereka yang merendah diri dan memahami kedudukan penglibatan mereka. Dalam hal ini, jika diperhatikan benar-benar lihat sahaja di padang-padang pastinya ada orang pelbagai usia bermain bola sepak. Di gelanggang-gelanggang bola keranjang, di gelanggang badminton, di gelanggang tennis, di gelanggang futsal dan di pelbagai jenis gelanggang lagi – pastinya kelihatan anak bangsa di negara ini berlari-lari dan beraksi. Di pusat-pusat sukan dan bowling ada sahaja orang-orang yang beraksi. Tapi macam mana pula keadaannya atau suasana di Putrajaya? Banyak juga padang dan kehijauan tapi tidak ramai pula yang bersenam di waktu pagi atau bersukan pada cuti di hujung minggu. Tidak ada pula lihat keno atau sampan di tasik-tasik buatan di Putrajaya. Kemeriahan bila cuma dibayangi dengan program-program yang dianjurkan sahaja baru lah nampak ada sukannya. Tetapi macam mana kehidupan rakyat di sana. Yang pasti kereta banyak dan sesak terdapat di kawasan perumahan. Mungkin di pusat-pusat sukan yang tertutup mungkin ada yang beraksi bersukan. Itu pun UCU kata mungkin. Agak menarik boleh UCU kata datanglah ke Nilai 3, akan terdapat manusia main kriket di padang merah sebelum bangunan rumah dan kedai di bina. Mereka ini adalah Mat-Mat Pakistani yang bermain kriket. Hebat tidak hebat mereka ini. Bila masa kerja mereka kerja…lembut sahaja menyapa pelanggan membeli carpet dan kain jualan mereka…yang tidak menariknya bila mereka menyapa “adik manis mari, tudung-tudung cantik, kain mudah-murah”… “adik pakai banyak cantik”… yang si ibu-ibu dan gadis-gadis tempatan pula melayan, suka dengan sapaan sedemikian. Yang si suami dan bapa biar sahaja selamba tanpa menegur. Bagi mereka perkara biasa. UCU berpendapat itu bukan perkara biasa tapi KURANG AJAR dari orang negara lain yang tidak HORMAT warga negara ini. Sedarlah wahai ibu-ibu, bapa-bapa dan anak bangsa negara ini…jangan diterima perlakuan sedemikian. Berbalik kepada sukan tadi, walau bagaimanapun dari mata kasar boleh kata prasarana sukan di Malaysia boleh kata tak lah sengkek malah boleh lah kata ada galakkan yang sejajar dengan perkembangan pembangunan sukan negara. Malah paling tidak di kampung-kampung adalah gelanggang sepak takraw atau badminton di balai raya. Malah stadium banyak dan melata di setiap negeri. Maka benarlah perlu di fikir sedalam-dalam pembiayaan prasarana sukan sentiasa diberikan dan amat diperlukan. Persoalannya bagaimana pembiayaan ini dibuat dalam pembangunan sukan ini dan dinilai hasilnya. Mungkin UCU sahaja yang naif dalam perkara ini. Cuma UCU dapat rasakan hanya sukan-sukan tertentu sahaja yang mendapat promosi hasilnya. Dan, dapat diperhatikan banyak pihak khususnya pada sukan-sukan popular dunia macam sukan bola sepak, golf, badminton, hoki, basikal, dan renang. Tapi di negara ini agak kurang juga secara menyeluruh kerana kalau bola sepak itu pasukan lelaki sahaja. Berani UCU kata rakyat negara ini lebih mengenali pemain-pemain lelaki berbanding pemain-pemain perempuan. Lihat sahaja masa temasya Sukan Sea 2013, perbezaan pengulas ketika mengulas perlawanan bola sepak. Di mana mengulas perlawanan bola sepak bagi skuad Harimau Muda akan lengkap nama pemain disebut. Tetapi bila skuad kebangsaan wanita…hampeh…sebut nombor pemain sahaja. Hoki pun sama, lebih kepada skuad lelaki sahaja. Skuad wanita mula mendapat perhatian bila belasah lawan berguni-guni gol, terutama bila belasah Kemboja dengan 36 gol tanpa balas. Jadi rekod dunia. Begitu juga dalam sukan badminton, lelaki sahaja mencuri tumpuan. Bila karate dapat 7 pingat emas disebabkan oleh kehebatan kumite wanita barulah terbeliak mata banyak pihak. UCU hendak kata senang sahaja, di Malaysia ini banyak sumber atlet-atlet wanita yang tidak digali dan digilap. Pergilah ke Sabah dan Sarawak boleh lihat kehebatan wanita-wanita di sana. Lihat sahaja mereka yang ramai menjadi pemain skuad bola sepak wanita di negara ini - siapa kah mereka dan asal mereka dari mana? Kalau bukan ramainya dari Sabah dan Sarawak. Pergilah Kundasang lihat macam mana kaum wanita bawa barangan mereka. Dan siapa yang mengangkat barangan mendaki Gunung Kinabalu? UCU harap ada pihak yang berpengaruh buka mata dan mengambil peluang dengan kehebatan wanita-wanita di Sabah dan Sarawak dalam pembangunan sukan di negara ini. Malah pergilah ke Ulu Sugut mungkin ada yang hebat di sana, kalau tidak tanya lah Yang Berhormat yang mewakili mereka adakah sesiapa yang hebat di sana? Begitu juga mungkin ada mereka yang hebat dalam sukan di Long Banga, Baram, Sarawak. Bila sudah ada Jambatan Sungai Puak sudah pasti tiada masalah pihak tertentu mencari jaguh-jaguh sukan di situ. Cari mereka yang hebat-hebat dan berbakat bersukan di seluruh negara hingga ke lubang cacing. Didik mereka, gilap mereka dan jadikan mereka jaguh. Barulah dikatakan Malaysia ini sebuah negara berbilang bangsa dan berbilang budaya yang makmur dengan kehebatan rakyatnya. Selain itu, macam mana yea, jarang benar dapat berita dan perkembangan jenis sukan lain. Sekali sekala baru dengar sukan squash bila Nicol David menang tapi siapa lah nanti ganti dia dan sehebat beliau. Sekali-sekali itu baru lah dengar sukan terjun Pandalelela Rinong. Sekali-sekali itu baru lah dengar sukan sepak takraw itu pun bila kalah. Bila tengok Sukan SEA baru lah tahu ada acara-acara sukan yang tidak pernah dengar. UCU rasalah patut lah sukan-sukan ini sentiasa ada di kaca televisyen dan akhbar-akhbar. Persatuan-persatuan perlu perluaskan jenis-jenis sukan ini termasuklah sukan rakyat. Malah di sukan sea sendiri kita lihat macam mana negara yang menganjurkannya pastinya mengetengahkan sukan rakyat mereka malah menjadi kekuatan mereka. Adakah Malaysia sebegitu? Walaupun tidak untuk sukan SEA. Masa kecil-kecil dulu UCU ingat sepak raga UCU cukup suka libas Adnan Saidin malah anggap sukan itu negara ini punya, begitu juga pencak silat…pastinya Hang Tuah dan Hang Jebat jadi hero. Malah ada drama bersiri lagi tentang Silat. Tapi lihat lah sekarang semua negara dah boleh kalahkan Malaysia malah menguasai pencak silat tersebut. Kita boleh berbangga dengan perkembangan kita dalam perkembangan sukan tersebut. Tapi macam mana yea dengan apa yang kita hendak bangga. Sukan itu kita semakin longlai malah anak-anak muda lebih suka main sepak takraw dalam permainan game dan pencak silat dalam mainan game. Hero-hero dalam filem negara ini yang disiarkan di kaca televisyen dan panggung juga bukan muka hero tapi pak lawak atau muka hero ‘jambu-jambu’. Aduh! Pecah perut ketawa tengok pak lawak bersilat atau meluat tengok muka jambu hendak jadi bengis atau lagak garang. Tapi tak apa ini adalah hiburan yang dilakonkan. Tapi realitinya mesti yang sebenar. Wah! apa sudah jadi. Dalam Sukan SEA 2013, UCU mula terperanjat lihat atlet-atlet beberapa negara seperti Vietnam, Indonesia dan Thailand terutamanya dapat dilihat bagaimana susuk tubuh kebanyakan atlet mereka sahaja berbeza dengan susuk tubuh atlet negara kita. Melihat susuk tubuh atlet wanita mereka sahaja sudah tahu mereka akan menang walau pun tidak menang. Gaya mesti ada. Gaya menggerunkan. Bukan isu susuk tubuh yang hendak UCU timbulkan tapi isunya bagaimana susuk tubuh itu menunjukkan kesungguhan dan komitmen diri atlet itu sendiri dan pihak mereka yang terlibat di negara mereka hingga mencapai tahap sedemikian. Betapa fokusnya mereka. Sedangkan rakyat mereka ini yang datang ramai ke Malaysia jadi tenaga buruh membina bangunan dan gelanggang-gelanggang sukan di negara ini. Sedangkan mereka berjaya dan mereka ini lebih susah kehidupan mereka dan ekonomi mereka. Singapura pula apa kurangnya atlet-atlet mereka boleh kata telah maju ke hadapan dan mana yang kurang itu mereka import dari negara lain kerana bagi mereka untuk capai kejayaan dan reputasi negara maju dan reputasi tinggi di rantau ini. Tapi secara positifnya mereka telah mengambil langkah positif dalam memastikan kejayaan mereka. Berunai, UCU rasa negara ini mampu mengimport atlet-atlet luar tapi mereka masih gunakan tenaga anak watan. Bagi Malaysia bagaimana? Apa fokusnya? Adakah sukan ini satu kerjaya kepada atlet-atlet. Atau sebagai penunjuk kesihatan dan sihat sahaja. Atau sebagai reputasi negara. Atau punya sumbangan ekonomi negara. Atau gaya hidup sihat? Atau satu lambang kemegahan sahaja? Apakah fokusnya yang perlu jelas kepada rakyat negara ini? Bagi UCU sukan sebagai suatu gaya hidup sihat yang perlu disuburkan dalam diri setiap individu di negara ini bagi semua peringkat usia dan jantina. Kehebatan dan kemenangan atlet-atlet dalam sukan menunjukkan negara ini benar-benar mempunyai rakyat yang menjaga kesihatan mereka dan hidup dalam gaya hidup sihat. Lihat sahaja dunia Amerika yang menggunakan industri perfileman yang menonjolkan kehebatan hero-hero sukan mereka dan rakyat mereka yang berbangga dengan sukan mereka yang mereka ungguli. Malah, rakyat negara ini pun kenal hero-hero sukan negara tersebut seperti LeBron James (Basketball – NBA), Albert Pujols (baseball), dan ramai lagi. Kehidupan gaya sihat mereka bersukan menjadi ikutan dan icon bagi negara-negara lain. Seperkara yang boleh diperkatakan lagi, di negara ini wujud program di sekolah-sekolah iaitu satu murid satu sukan satu. Satu program yang bagus tapi persoalannya adakah pelaksanaan yang betul dari pihak sekolah atau pelaksanaan atau hanya tertulis di atas kertas untuk mencantikkan pelaporan sahaja. Apa yang pasti UCU ada terdengar ada di kalangan cikgu-cikgu mengatakan banyak program yang disogok di sekolah adalah membebankan mereka. Mereka juga kata masa pelajar panjang dan melelahkan pelajar juga malah sekolah bukan lah taska atau tadika. Kata-kata retorik hanya di peringkat atas-atas sahaja. Benarkah kata-kata sedemikian? UCU pun garu-garu kepala. Yang pasti program sedemikian adalah baik dan UCU pasti program satu murid satu sukan itu satu hari nanti akan mengeluarkan atlet-atlet berbakat yang ramai dan berjaya. Cuma janganlah bola sepak sahaja, bola jaring, apa-apalah jenis bola yang mana campak bola pada murid dan berebut-rebut sepak sana sepak sini untuk habis kan masa program. Mestilah adalah modul dan penilaian serta pemantauan yang berterusan serta sistem pengiktirafan yang berkesan…macam mana tu UCU taklah tahu tapi dulu masa yang UCU tahu arwah abah UCU amat menggalakkan anak-anaknya bersukan. Caranya dia akan buat gelanggang badminton di hadapan rumah…atas rumput sahaja bergariskan minyak hitam. Raket beli raket kayu. Selain dari itu arwah abah UCU juga akan tengok anak-anaknya dalam perlawanan hoki. Balik rumah dia akan komen pada anak-anaknya apa yang dia tahu. Itu arwah abah UCU. Malah dia ada juga kata dengan arwah emak dulu yang dia bangga dengan anak-anak dia bersukan. Jadi bagi UCU sama lah kepada sukan negara semua pihak kena tunjukkan komitmen masing-masing, kurangkan bercakap, banyakan beraksi, dan menganalisis kelemahan mencari kekuatan. Bagi yang bijak pandai macam Profesor-profesor dan doktor-doktor falsafah di universiti-universiti jangan lah jadi pakar rujuk bercakap sahaja di rancangan-rancangan televisyen sahaja atau akhbar-akhbar dan ceramah-ceramah motivasi, cakap tinggi-tinggi bahasanya sampai kadang kala macam penglipur lara. Tapi perlu lebih praktikal, tukarkan falsafah dan teori-teori kepada yang boleh digunakan secara praktik dan munasabah untuk membangunkan sukan. Begitu juga pegawai-pegawai yang terlibat dalam sukan dan NGO-NGO serta persatuan-persatuan sukan jangan lah banyak sangat post mortem, mesyuarat sana sini, dan lawatan sana sini sampai keluar negara hendak mencari penyelesaian. Apa yang pasti mereka akan mencari juga pakar-pakar dan jurulatih luar negara sana sini apa hasilnya yang kita dapat berbaloi atau tidak. Value for money perlu diambil kira. UCU fikir kita dah merdeka lama … keyakinan perlu ada di kalangan orang-orang di negara ini bahawa kita boleh bangunkan sendiri sukan kita dengan jurulatih-jurulatih kita - bukan hanya menjadi pembantu jurulatih. Bila tengok mata biru sahaja dah kata mereka lebih hebat. Tolonglah, kalau kita boleh percaya dengan Strategi Lautan Biru kenapa tidak gunakannya habis-habisan. Negara ini bukan kurangnya yang cerdik pandai memikirkannya. Terjemahkanlahnya. Gunakanlah NGO-NGO, ahli-ahli perniagaan yang kaya raya, syarikat-syarikat yang berjaya dan pakar-pakar yang bijak pandai di negara ini. Kalau boleh kerah juga budak-budak di pusat-pusat juvana, serenti dan banduan-banduan dengan konsep satu murid satu sukan tak – mudah kata Malaysia Boleh!. Mat-mat rempit, kaki pecut di jalan raya tetapkan dendaan mereka bukan duit tapi kenakan tahanan konsep bersukan. Kaki-kaki pukul yang kena tangkap lak galakkan sahaja masuk sukan-sukan combat – bukankah mereka ini sering ditunjukkan dalam filem-filem negara sekarang sebagai yang hebat beraksi. Mereka kena bersukan sebagai dendaan. Malah mereka dengan bersukan mungkin boleh merubah kehidupan mereka yang bermaruah menjadi orang yang berguna dan baik serta menyumbang kepada masyarakat. Sukan ini semua orang suka ikut minat masing-masing. Kalau tidak minat kenapa pula kita percaya modul satu murid satu sukan itu di laksanakan. Pihak kerajaan melalui agensi-agensi kena jadi hero yang tulen dan berhemat. Tutup mulut rakyat atau biar ternganga mulut rakyat bila hari-hari mendengar kejayaan demi kejayaan atlet-atlet negara. Biar mereka terlupa sejenak dengan isu-isu GST, isu-isu politik, isu-isu retorik dan macam-macam lagi. Mereka yang sebelum ini sesat dari kehidupan masyarakat menjadi baik dan kembali bermaruah di mata masyarakat. Tengok bola sepak menang sahaja. Tengok hoki – menang sahaja. Tengok badminton – menang sahaja. Tengok tinju – menang. Tengok silat – menang saja. Malah tengok batu seremban – menang juga. Kalau boleh sukan ini sebagai satu sumber kerjaya kepada rakyat kita. Sukan yang benar-benar yang memberi gaya hidup yang sihat sepanjang masa kepada rakyat. Bukan dengan gah penganjuran. Bukan dengan K-POP pengisi semangat sukan. Fenomena sukan sepatutnya bukan bermusim macam banjir, semua pihak akan bersuara, ada yang dipersalahkan, ada yang menunjukkan diri, ada pihak yang dipersoalkan tanggungjawab dan pelbagai lagi. Rakyat tetap akan tidur di balai raya, sekolah-sekolah, bergotong royong masak dan beraksi dalam pelbagai watak dalam pelbagai cerita dan penceritaan sebelum, semasa dan selepas banjir. UCU masih terbayang dan berbangga dengan nama-nama seperti Marina Chin, Nurul Huda Abdullah, Mokhtar Dahari, Soh Chin Aun, Santokh Singh, Hassan Sani, James wong, Soo Chin An, Adnan Saidin, R.Aramugam, Misbun Sidek, Jalani Sidek, Razif Sidek, Nordin Jadi, Zaki Sadri, Hanapiah Nasir, Zaiton Othman, V. Subramaniam, B. Rajkumar, dan Osman Alwi. Kini UCU bangga dengan Nicol David, Lee Chong Wei, Khairul Fahmi Che Mat, K. Reuben, Aidil Zafuan, Mohd Safee Mohd Sali, Safiq Rahim, Faizal Saari dan Fitri Saari. Tapi melahirkan jaguh-jaguh seperti mereka ini bagai musim banjir. Akan hilang bila musim tengkujuh berlalu. Inilah yang perlu difikirkan dan direnung-renungkan. Berbincang pula tentang banjir. Macam mana lak hendak perkatakan tentang fenomena banjir di negara ini. Banjir juga macam sukan juga. Ada musimnya. Senang kata bila musim tengkujuh adalah berlaku banjir. UCU sendiri lahir di daerah yang sering di landa banjir. Cuma bernasib baik kawasan rumah UCU jauh beberapa kilometer dari kawasan banjir. UCU dah faham benar bila musim banjir sahaja mula lah dengar cerita-cerita sedih dan rasa simpati di laporkan dalam berita-berita dan akhbar-akhbar. Mula lah orang-orang berpangkat dan berpengaruh dan berkuasa bercakap, mengulas dan tunjuk muka turun padang menunjukkan simpati. Mula lah ramai individu-individu bercakap mengingatkan tentang doakan kepada mereka yang dilanda banjir. Wah! sungguh ramai yang ingin bercakap dan memberikan laporan mereka telah beraksi dengan sewajarnya. Tidak juga sunyi dengan suara-suara yang tidak berpuas hati kepada pihak-pihak tertentu. Terkini ada kawasan yang terputus bekalan makanan, elektrik, hilang punca pendapatan dan bermacam-macam-macam lagi kesusahan yang ditanggung. Banyak kerugian ditanggung. Yang sedih ada pula yang dijadikan cerita banjir ini sebagai bahan jenaka untuk peroleh pendapatan. Kisah banjir sebagai bahan politik. Mungkin kah juga ada penipuan kutip sedekah atau derma untuk mangsa banjir? Tak berani UCU hendak kata yea ada. Cuma kalau yang meminta bantuan atau derma secara rasmi UCU kata memang ada. Itu lah kehebatan di Malaysia. Rakyatnya suka menderma. Yang tunggang langgang mabuk pun menderma juga. Memang hebat! Dalam masa yang sama juga rakyat kita juga menderma untuk mangsa taufan Haiyan di Filipina dan juga mangsa kezaliman Israel di Gaza dan Palestine. Rakyat Malaysia juga menunjukkan keprihatinan dengan menghantar melalui pasukan-pasukan sukarelawan melalui NGO-NGO untuk misi kemanusiaan ke negara-negara tersebut. Pemimpin-pemimpin negara ini juga tidak kira dari mana pihak cukup prihatin dengan mangsa taufan dan misi-misi kemanusiaan di Gaza dan Palestine itu. Memang hebat! UCU sangat bangga dengan semua penglibatan sedemikian. Cuma UCU tidak mampu berbuat sedemikian. Sebab UCU bukan berpengaruh, tidak cerdik malah jauh lagi mempunyai keberanian untuk ke negara yang kacau bilau sedemikian. Kecuali apa yang termampu memberi sumbangan kewangan tidak seberapa. Bagaimanapun, entah kenapa hari ini UCU terfikir sesuatu. Kalau derma dan pelbagai tabung-tabung ditubuhkan untuk misi kemanusiaan pastinya menjangkau kutipan dalam jumlah yang banyak. Malah jumlah perbelanjaan atau pembiayaan untuk menyalurkan bantuan juga banyak. UCU tertanya-tanya juga tidak kah memakmurkan orang yang terdekat adalah lebih baik sebelum memakmurkan orang yang lebih jauh. Bila yang telah makmur barulah secara jitu kita boleh memakmurkan orang yang lebih jauh. Agaknya lah, begitulah UCU fikirkan. Kenapa UCU boleh fikir sebegini? Sebab UCU terfikir orang di negara ini masih ramai merungut, masih ramai yang menunjukkan ketidakpuasan hati dan masih yang memerlukan bantuan dari pelbagai aspek seperti pembiayaan perubatan, kemiskinan, memerlukan air bersih, bekalan elektrik, pendidikan, pekerjaan, rumah, teknologi pertanian, pembiayaan modal keusahawanan dan pelbagai lagi. Cuba lah lihat kawasan-kawasan mangsa banjir siapa yang ramai menjadi mangsa. Lokasi mereka di mana? Mengapa mereka sentiasa dilanda banjir. Kalau di KL banjir kilat. Pastinya pada musim tengkujuh dalam bulan November hingga Disember / Januari yang pasti mereka suka tidak suka akan pasti terpaksa tidur di pusat-pusat mangsa banjir. Pihak-pihak tertentu sebelum itu akan kata juga mereka telah bersedia menghadapi musim banjir. Derma dan tabung banjir dibuka. Bila reda banjir mula lah mentafsirkan kerugian yang ditanggung. Itulah rutin setiap tahun. Ada pihak tertentu mengatakan sistem menangani banjir ini adalah yang terbaik di dunia dan pelbagai pengakuan di mana pada UCU perlu berhati-hati supaya tidak dikatakan SS (syok sendiri). Memang UCU tahu banjir ini di sebabkan hujan. Hujan adalah rezeki dari Yang Maha Kuasa. Ujian yang diberikan kepada mangsa dan pemerintah. Tapi UCU tertanya-tanya apakah usaha sebagai manusia untuk menjadikan banjir ini sebagai suatu yang dapat memakmurkan mangsanya. Mangsa akan bersyukur bila musim banjir. Atau mereka tidak menghadapi banjir yang dikatakan bencana alam ini. Adakah banjir ini disebabkan hujan yang mencurah-curah turun hingga kawasan penempatan ditenggelami air. Atau air tidak dapat disalirkan dengan baik ke sungai-sungai. Sungai-sungai airnya naik kerana tidak dapat disalirkan ke laut dengan baik. Atau terdapat kuala-kuala sungai yang sempit atau sungai dah disempitkan. Atau habis hutan-hutan di tebang. Atau senang kata disebabkan tangan manusia menyebabkan banjir. Atau cerdik pandai di negara ini telah habis gunakan akal mereka untuk mengatasi masalah banjir ini. Bagaimana dengan sejarah dulu-dulu di tempat-tempat ditenggelami air ini adakah memang kawasan banjir. Banyak kemungkinan-kemungkinan. Apa yang pasti setiap tahun akan adalah temu ramah dengan mangsa-mangsa banjir. Bila di amat-amati betul-betul mereka ini duduk di atas tikar mengkuang/plastik/getah. Kelihatan juga bantal dan buaian bayi. Malah kalau ditinjau-tinjau mangsa-mangsa banjir ini tidak kurang juga menghadapi kepayahan dan ujian. Dari sudut ini adakah itu persediaan yang telah dibuat oleh pihak-pihak tertentu. Apakah penambahbaikan dan inovasi yang telah dibuat untuk memakmurkan mangsa banjir. Cukup kah bantuan yang diberikan? Itu belum lagi selepas menghadapi banjir. Petani-petani akan tercari-cari lembu, ayam itik, dan kambing mereka. Penoreh-penoreh akan menepuk-nepuk pokok getah mereka. Murid-murid dan guru-guru akan membasuh sekolah mereka. Ahli jawatan kuasa masjid akan bersihkan masjid-masjid. Maka banyak lah gotong-royong yang dibuat. Banyaklah pelupusan barang-barang yang dibuat. Itulah rutin setiap tahun. Di sini timbul persoalan UCU, masih boleh kah pihak tertentu fikirkan gembleng kan bijak pandai di negara ini untuk tukar rutin tahunan ini sebagai kepada suatu suasana yang lebih memakmurkan? Paling takjub daripada banjir kepada tidak banjir. UCU percaya perkara ini boleh dibuat. Sebuah negara yang gurun pun telah terbukti boleh dihijaukan dengan kawasan pertanian sebab teknologi pengairan. Maka, mana perginya jurutera-jurutera kita? Mana perginya jutawan-jutawan negara ini? Mana pergi orang-orang yang bergelar profesor-profesor dan doktor-doktor untuk menangani dengan keilmuan mereka? Mana perginya pengurus-pengurus yang hebat di negara ini untuk menyelesaikan permasalahan banjir ini? Negara ini hebat dengan sukarelawan-sukarelawan yang sanggup bertarung nyawa ke negara yang kacau bilau. Mengapa tidak kita memakmurkan orang-orang di negara ini. Banjir masih berlaku setiap tahun. Mangsa banjir seperti juga yang masih ramai di negara ini yang memerlukan bekalan air bersih, bekalan air bersih, jalan raya, pembiayaan perubatan, pembiayaan pendidikan, teknologi pertanian, pekerjaan dan macam-macam lagi. Masih lagi UCU percaya, kurangkan lah bercakap untuk memakmurkan negara ini, tapi lebihkan beraksi untuk kemakmuran. Bukan juga leka dengan K-POP. Belanja K-POP dan berdebat tentang pembiayaan untuk K-POP. Pergilah dan cari lah masa berjalan-jalan dan pengorbanan di pelosok negara ini. Banjir hanya suatu fenomena di negara ini yang perlukan penyelesaian berterusan. Tapi memakmurkan mangsa banjir di negara ini juga suatu yang baik dan pengorbanan. Bagi UCU mudah sahaja kalau ada rancangan jalan-jalan cari makan atau cerita jalan-jalan cari saka…maka jalan-jalanlah lihat kehidupan sebenar rakyat Malaysia yang berbilang bangsa… pergilah tengok ke Ulu Sugut, Ranau Sabah – ada tiang elektrik tapi tiada elektrik - adakah sama persoalannya tentang situasi penduduk di Gaza. Pastinya tidak sama tapi bagaimana sebuah negara yang mempunyai kekuatan sumber sukarelawan dan kutipan tabungan mempunyai kerakyatan yang sama masih tiada elektrik, air paip dan jalan raya yang berturap dan anak-anak yang ke sekolah terpaksa berjalan kaki hampir 5 jam sehari. Banyak lagi kawasan-kawasan penempatan seumpama di Sabah dan Sarawak. UCU sebagai seorang Islam juga tertanya-tanya bagaimana atau adakah pendakwah-pendakwah atau sukarelawan-sukarelawan mengambil peluang berbakti dan menyumbang sesuatu tempat-tempat sebegini. Ini baru program realiti. Bukan itu sahaja di negeri-negeri semenanjung Malaysia juga apa kurangnya, masih ada masalah air walaupun negeri sering di landa banjir. Tidak kah suatu yang pelik. Adakah hendak dapatkan khidmat nasihat dari orang-orang mata biru juga. Bagi UCU tidak cukup kah kita hantar mereka yang mengaji dan dapatkan ilmu dari negara-negara luar sana untuk gunakan kepandaian mereka untuk bangunkan negara mereka ini. UCU terfikir juga bila musim banjir maka ada manusia yang gembira kerana meraih keuntungan. Sebab permintaan selimut, payung, bantal, tikar, makanan dalam tin dan apa jua keperluan asas akan meningkat. Selepas banjir, permintaan perabot meningkat, dan permintaan karpet meningkat. Yang pasti mat-mat Pakistan di Nilai 3 akan tersenyum lebar bila permintaan karpet, kain, langsir akan meningkat…yea ke? Agak UCU lah. Sebab kerap lihat orang sentiasa ramai datang ke Nilai3 walau musim hujan. Nombor plat kenderaan pun banyak yang bermula dari huruf ‘D’, ‘K’, ‘T’ dan ‘C’. Tidak kurang juga huruf bermula dari ‘J’ dan ‘W’. Kedengaran juga “Carpet tuk Jah kat Pekan..bolehkan Bang. Habis banjir tempoh hari..”. UCU juga terdetik rasa simpati yang amat sangat kepada mangsa banjir, sedang mereka kesejukan, menyinsing seluar atau kain mengharungi air, tidur beralas tikar. Lebih-lebih lagi lihat mat-mat/minah-minah Indon, Vietnam, Bangla-Bangla, Pakistani, Myanmar, Pilipino dan negro-negro boleh mengilai gelak ketawa di pusat-pusat beli-belah, panggung wayang, di pasar-pasar malam, bank-bank, dalam bas-bas di sekitar sama ada di Kuala Lumpur, Alamanda Putrajaya, Bandar Baru Nilai, Seremban, Ipoh, dan Penang. Mereka gelak, mereka ketawa, mereka mengilai memperlihatkan kemakmuran mereka di negara ini sedangkan ada rakyat negara ini sedang ditimpa musibah. Selamba sahaja mat-mat Indon menukul, menggerudi dan menyimen rumah orang. Selamba sahaja Bangla-Bangla main mata dengan gadis-gadis tempatan di kilang-kilang, Tasco dan Giant. Selamba rock sahaja mat-mat Pakistani memanggil “adik manis” …”adik cantik” .. di kedai-kedai kain, tudung, dan carpet di Nilai 3, Central Market, dan Jalan Tengku Abdul Rahman. Selamba sahaja mat-mat negro berkepit dengan gadis-gadis tempatan sama ada bertudung atau tidak bertudung di sekitar Kuala Lumpur. Wah, adakah satu kejutan! Atau biasalah! UCU tidak mampu …tapi UCU percaya di negara ini ramai atau banyak pihak yang mampu merubah keadaan ini. Itulah lah apa yang patut dan apa yang harus perlu difokuskan untuk memakmurkan rakyat. Banjir satu isu fenomena bila hujan yang turun. Tapi negara ini juga dibanjiri dengan mereka dari luar yang mencari kemakmuran tapi kurang adab. UCU dengan rasa rendah diri berkata “TIDAK PATUT!”. Jadi apa yang UCU hendak bandingkan sukan dan banjir ini. Apakah persamaannya? Dan apakah perbezaannya? Susah lah UCU hendak kata. Cuma UCU kata apa yang sama iaitu kedua-dua tidak boleh diselesaikan dengan K-POP. Apa pula perbezaannya ialah orang yang beraksi, contoh, dalam bersukan atlet beraksi untuk bersaing memperoleh kemenangan; mangsa banjir beraksi untuk kelangsungan hidup. UCU masih ingat kata dari arwah abah UCU berkata “…beza budak dengan orang tua…kalau bagi makan ni adalah lebih baik beri kepada budak-budak. Budak-budak tak tahu sangat nak mengata berbanding orang yang tua-tua ni. Budak-budak kalau makanan tak sedap, betul dia kata makanan tak sedap. Tapi mereka masih gembira dan pergi main. Tapi orang tua-tua lain, makan sedap pun mereka boleh kata makanan tidak sedap. Tapi makan dua pinggan...”. Sekarang baru UCU terfikir susah hendak memakmurkan orang yang dikatakan manusia ini walaupun diberi makan yang sedap masih ada sahaja yang tidak kena. Semakin berpengalaman maka masih banyak penilaian dibuat. Tapi kalau yang masih mentah sangat jujur hatinya dengan kehidupan yang lebih ceria. Maka sepatutnya bersyukur dengan rezeki yang diberikan. Sungguhpun begitu mesti ada yang memberi dan mesti ada yang merasa. Bagai dikata “ada ubi ada batas, ada budi ada balas”. Arwah emak UCU juga ada berkata “…belajar lah makan apa yang ada, belajar susah sikit, biar esok lusa senang…tak lah merungut aje”. Dulu UCU terfikir juga macam mana makan apa yang ada contohnya nasi berlauk sambal belacan, ikan sardin, dan sayur pucuk ubi masak lemak boleh senang kemudian hari. Sekarang baru UCU sedar maksudnya senang menyesuaikan diri dengan kesusahan dan bersyukur dengan rezeki yang diberi. Masa UCU di Universiti pun macam itu lah pernah makan roti sahaja sebab putus duit belanja. Malah disiplinkan diri iaitu ambil sarapan hanya bila lapar, makan tengah hari nasi berlaukkan sayur dan kuah. Makan malam berlaukkan ikan atau daging. UCU juga bersukan dan ada lah juga ikut aktiviti sukarelawan yang dianjurkan persatuan, contoh program kampung angkat. Itu kenangan lama dulu. Pendek kata daripada UCU, tolong lah jangan leka untuk selesaikan masalah dengan K-POP. Fikir-fikirkan “maju sukan untuk negara”. Renung-renungkan “roti kosong banjir, satu!”. Salam jua. -UCU-

Wednesday, July 3, 2013

WOW! RM 8000 …AMAH BERJENAMA LUAR NEGARA KATAKAN

WOW! RM8,000 …AMAH BERJENAMA LUAR NEGARA KATAKAN
Nilai Impian | KHAMIS| 04.07.2013 |5.05 pagi| Panas
Ramai rakyat Malaysia yang tersentap bila Kerajaan Malaysia bersetuju menetapkan kos pengambilan pembantu rumah warga Indonesia pada kadar RM8,000.  Kos yang telah di timbang tara dengan kos-kos yang wujud antara kedua-dua negara.  Yang paling tersentap adalah di kalangan suami dan isteri bekerja dan mempunyai anak-anak.  Bagi mereka dari kalangan ahli korporat yang kaya raya tidak tahu lah adakah sama-sama tersentap ataupun tidak.  Atau mungkin kos RM8,000 itu hanya terselit di celah gigi mereka sahaja. Itu hanya Tuhan sahaja yang tahu.
Mengapakah jadi begini? Kalau dulu bidang amah ini ramai orang di Malaysia ambil orang Indonesia apabila bekalan sukar diperoleh dari orang tempatan.  Bayaran upah pun rendah. Di katakan juga orang-orang Malaysia lebih suka kerja di kilang-kilang. Tapi adakah situasinya sama pada era sekarang.  Kalau lihat sekarang ramai kelihatan orang Bangla, Indonesia, Vietnam, Myanmar, Nepal, dan China.  Kalau pergi pasar malam tu ramailah juga mata-mata keranjang terbuka luas bila pekerja-pekerja wanita dari negara-negara luar tadi dengan senang hati mendedahkan peha-peha gebu mereka dengan mengenakan fesyen pakaian seluar-seluar pendek yang ketat atau berseluar tigh. Itu belum lagi bila mereka bersolek dan melepak hari-hari minggu di bandar-bandar seperti di KLCC, Kotaraya, Pasar Seni dan mana-mana ceruk bandar di Malaysia. Mat-mat bangla, Vietman dan Myanmar pun mula mengatal. Tidak kurang juga penduduk tempatan.  Ramailah orang Malaysia yang mengeleng-geleng kepala tapi mata tidak jemu memandang.  Anak UCU pernah bertanya pada UCU, “Menteri, orang-orang besar kita tak boleh buat sesuatu ker Abah”.  UCU kata ,”Cubaan”.   
Banyak juga isu-isu panas yang berlaku dalam era mengambil amah (atau nama glamornya pembantu rumah) luar ini.  Berlakunya kejadian rogol merogol, dera mendera, lari melarikan dan macam-macam lagi.  Sampai bertempik dan cabar mencabar di Parlimen membincangkan perkara ini.  Sampai timbul isu maaf bermaafan antara dua negara kerana jadi isu diplomatik. Amboi, besar rupanya masalah amah ini. Tapi persoalannya memang patutkah amah atau pihak berkepentingan kepadanya minta upah atau memberi upah yang lebih?  Mahu pula kerajaan Malaysia memberikannya.  Dulu-dulu kenapa tidak buat untuk rakyat Malaysia. Tidak terfikirkah dulu-dulu bidang amah ini penting dan perlu diperkasakan dan diberi pengiktirafan?  Diberikan promosi yang hebat-hebat dan diberikan apa orang korporat kata kompetensi yang sewajarnya pada amah-amah supaya bidang ini jadi bidang profesional.  Sekarang apa sudah jadi. Jangan lah salah kan sesiapa kerana keadaan telah sebegitu.  Persoalannya adakah dibiarkan sahaja?
Masa dulu ada juga orang tempatan kerja di rumah orang tempatan di Malaysia tapi disebabkan bidang ini tidak glamour jadi mereka lebih rela kerja di kilang-kilang.  Tapi masa dulu tidak pula timbul gaji minimum. Tiada siapa pun perjuangkannya.  Bila laksana gaji minimum siapa yang lebih banyak dapat untung. Rakyat di negara ini pula tidak mahu ambil kesempatan daripada fenomena sebegini.  Peluang perniagaan dan kebajikan terbuka luas. Yang ambil peluang pula ramai yang tidak patriotik.   Orang yang otak bines lebih cepat bertindak dan mengaut keuntungan. Dan, menggunakan pelbagai saluran untuk mengaut keuntungan yang berganda daripada kesusahan orang lain.  Tenaga buruh yang upah sebelum ini rendah dan bidang yang dipandang tiada kelas apa sudah jadi…tiada kelas tapi telah menimbulkan masalah ekonomi kepada negara dan keluarga yang bergantung pada amah. 
Seperkara yang tidak faham ialah keluarga pula tidak pula mereka terfikir satu lagi masalah akan timbul dalam jangka masa panjang iaitu ilmu keibubapaan dan kekeluargaan akan beransur-ansur hilang.  Cuba-cuba bayangkan, bila balik ke rumah siapa hidang kan makanan. Kain baju siapa yang basuh dan sidai.  Anak-anak siapa yang dodoikan tidur dan memujuk bila menangis.  Orang-orang cina dan orang-orang India pula anak-anak mereka pun boleh berbahasa Indonesia dengan baik bukan Bahasa Malaysia. 
Bayangkan pula bila keluar sahaja dari rumah sekarang, bila ke restoran,  “mahu makan apa pak”, mahu makan apa ibu”; bila ke warung bawah pokok, “mahu makan apa Pak”… bila ke kedai runcit, “susunya di sana Pak”; bila ke rumah kawan-kawan, ‘tunggu sebentar, bapak nya sedang bersiap”; bila ke pasar malam, “Bakso Pak, enak bangat”;  bila ke tandas awam “mahunya tisu, bapak tambah 3o sen lagi”; bila ke hospital swasta, “biliknya mahu dicuci”; bila ke KLCC, “cepat cuci lantai nya nanti ibunya marah”; bila ke tempat pembinaan bangunan, “bapak tidak bisa masuk, kawasan ini bahaya”; bila naiki teksi, “mahu ke mana bapak”; bila ke rumah yang sedang ditambah baik, “bapak kalau mahu bikin rumah, bisa panggil saya, ini nombor saya”; bila ke pasar, “ikannya mahu dibersihkan yea Bu..”.  Banyak lagi percakapan-percakapan bahasa Indonesia yang kedengaran sekarang ini di Malaysia..pergi lah ke mana-mana pun pastinya kedengaran bahasa Indonesia.  Jadi orang Melayu, Cina dan India, Sabah an dan Sarawak an mana perginya.  Mereka lesap ke mana.  Kalau lihat pemuda pemudi Melayu dan Cina di Malaysia ramai yang hendak jadi orang Korea.  Oleh itu, RM8,000 itu bermakna ataupun tidak? Tepuk dada tanya selera.
Perhatikan bila hendak raya nanti, dengar-dengar di taman-taman apabila riuh rendah bercerita rumah-rumah di pecah masuk malam dan siang hari… “tadi orang Indon yang masuk rumah si mat tu”…  “Kena pukau tu..orang Indonesia tu”… “Tuan rumah sana tu kena acu pisau, anak dia habis  … orang Indon tu yang buat”.  UCU boleh kata janganlah salahkan orang Indonesia sahaja.  Mereka datang ke sini sebab mencari rezeki dan survival untuk kehidupan mereka.  Kenalah tengok diri sendiri dan lihat masyarakat kita sendiri… Kenapa tidak kedengaran cerita yang bukan-bukan tentang masyarakat Indonesia yang cari rezeki di Singapura, Arab dan tempat-tempat lain.  Kenapa, adakah mereka lebih terkawal atau kerajaan di sana tidak kisah pun apa yang mereka lakukan selagi tidak menyusahkan rakyatnya. Atau mereka ada sistem yang lebih baik.  Di sini banyak sangat yang hendak bercakap. Yang perempuan asyik kata kerajaan perlu semak lah keputusan yang dibuat dan tidak cukup lah dengan perbelanjaan, pendapatan tidak cukup lah maka gaji mesti dinaikkan.  Suami-suami mula menyapu muka bila isteri mula merapu panic bila terpaksa  belanja besar untuk upah amah.  Mula lah kaitkan dengan berbagai-bagai masalah yang lain.  Cuba tafsirkan kemampuan sebenar sekarang… berapa banyak hutang yang dibuat..baru kerja dan baru kahwin sudah ada kereta sebab masalah pengangkut..tidaklah salah ada kereta tapi kereta punya mewah dan berjenama luar negara, kereta tempatan tidak pula sokong… lepas itu dua biji kereta, satu untuk suami dan satu untuk isteri. Alasan hendak mudah…lepas itu beli rumah hutang lagi… pakaian pula mesti berjenama…mahal-mahal…hidup dalam kemewahan…makan lebih banyak di luar sebab tidak cukup masa hendak masak di rumah …hantar anak ke sekolah swasta atau bukan kerajaan kerana kata sekolah yang ditaja atau anjuran kerajaan tidak baik dan mainan politik kerajaan…makan hari-hari nak sedap sebab hidup untuk makan bukan makan untuk hidup…suka berpesta dan macam-macam lagi.  Kalau tidak percaya lihat setiap rumah apa yang ada pada keluarga itu. 
Memang orang luar sana lihat di Malaysia ini adalah dunia membuat duit. Di mana-mana ada duit.  Rumput duit, dinding rumah duit, sampah duit, basuh anjing duit, macam-macam duit.  Tapi di Malaysia masih ramai lagi orang yang miskin…sana sini ada orang minta derma dan sedekah…anak-anak yatim lah..biayai orang susah dan macam-macam lagi.  Malaysia sekarang ini pun hari-hari berpolitik…hari-hari fitnah memfitnah...hari-hari dengar hendak ada perhimpunan… semua orang hendak jadi PM.  Persoalan UCU, “tak penat ker mereka ni…”. Kesian Polis.  Bila masa lah polis hendak tidak berpeluh dan tidak letih…boleh lah mereka balik awal jaga anak-anak mereka…duduk sama-sama di surau sambil-sambil beri khidmat nasihat kepada penduduk setempat tentang keselamatan.  Sebab sewajarnya polis adalah role model kepada masyarakat walaupun ketika mereka tiada beruniform. Polis kalau kena caranya, tabik spring boleh hari-hari diberikan oleh masyarakat. 
Untuk masyarakat Malaysia, jangan lah tersentap sangat dengan kos RM8,000 amah tu.  UCU tidak lah sokong sangat kos yang dikenakan tapi ini sebagai titik permulaan rakyat Malaysia buka mata, sedar diri dan kaji dalam-dalam.  Jangan lah kita rakyat Malaysia bergantung sangat kepada rakyat luar sana untuk jaga rumah tangga kita.  Memanglah menteri- menteri dan ahli-ahli korporat tidak terasa sebab mereka ini duit adalah main mereka sahaja. Anak-anak mereka pun dah besar-besar kecuali jika ada menteri-menteri atau ahli korporat yang ada anak-anak kecil lagi.  Tapi kita yang tidak berduit tetapi terpaksa ini kena cari jalan keluar.  Masyarakat kita kena buka mata.  Buka pusat jagaan orang tua-tua banyak-banyak, pusat jagaan kanak-kanak banyak-banyak, pembantu rumah sambilan banyak-banyak, kena lah rajin kemas rumah sendiri bagi suami isteri dan macam-macam lah..jangan hendak jadi tuan sahaja sampai seluar yang dalam-dalam dan dalam kelambu pun orang lain hendak jaga. Malulah kalau macam ini.
 UCU masih ingat dulu bapa saudara UCU pun ada pembantu rumah tetapi kerjanya hanya membasuh kain baju sebab masa itu tiada lagi mesin basuh.  Selain dari itu bapa saudara mengambil pembantu rumah ini sebab hendak tolong beliau.  Pembantu rumah ini adalah orang susah.  Lepas beli mesin basuh pembantu rumah itu berhenti kerja.  Ada hasil sikit duit kerja sebagai pembasuh kain dia berniaga pula. Beliau berniaga tapai ubi. Dia cucuk tanam ubi dan buat tapai.  Bapa saudara UCU beli tapai beliau untuk dijual di sekolah pula.  Begitulah adanya.  Anak bapa saudara UCU juga ambil pembantu rumah orang tempatan Melayu. Tapi untuk jaga anaknya sebab suami isteri bekerja.  Sangat berbeza motif keperluan tentang pembantu rumah ini. Dulu bapa saudara ambil pembantu rumah sebab hendak membantu keluarga susah.  Tapi si anak ambil pembantu rumah sebab hendak menjaga anak-anaknya.  Kalau lihatkan kemudahan pun berbeza.  Anak bapa saudara UCU ambil pembantu rumah sedang kan mesin basuh ada, periuk elektrik ada, peti sejuk ada, kereta ada, maka boleh katakan semuanya ada untuk keselesaan. Maka pembantu rumah pun ada dengan upah lebih kurang RM150 ketika itu. Persoalannya, apakah perbezaan itu adalah nilai dan cara hidup yang mesti berubah mengikut perubahan zaman?
Kalau hendak kira susah memang lah susah hidup ini.  Tapi ingatlah masa berpanjangan.  Mengambil pembantu rumah luar..boleh lah dielakkan.  Jaga anak-anak dan rumah tangga sendiri.  Kerajaan juga perlu fikirkan inisiatif menangani pembantu rumah ini dengan penggalakan membuka pusat-pusat jagaan secara besar-besaran, pengiktirafan profesion pembantu rumah, dan macam-macam lagi cara dan kaedah yang menggunakan sumber dalaman. 
UCU pun pernah kena tipu dengan agen fasal pembantu rumah.  UCU hilang atau lesap RM700.  Lepas kejadian itu UCU dan isteri bertekad jaga sendiri anak-anak UCU.  UCU juga menggunakan bantuan pusat-pusat jagaan kanak-kanak dan adik-beradik UCU pun tolong-menolong pada sesuatu ketika yang memerlukannya.  Hinggalah sekarang anak-anak UCU telah besar …perjalanan baik sahaja walaupun cukup mencabar.  
UCU masih ingat emak UCU pernah berkata, “Esok biarkan anak-anak dijaga orang tengoklah nanti cakap emak bapak pun tak nak dengar”.  Abah pun UCU pernah dengar katanya, “Anak-anak ni kena jaga sendiri, tak betul kena cakap, kalau harap orang lain ..tak tahu ler nak kata apa jadinya”.   Jadi UCU renung-renung kan RM8,000 tu ada hikmahnya.  Paling tidak, adakah  itu nilai seorang isteri di rumah.  Ingat lah juga wahai suami itulah juga nilai yang perlu diberikan pada isteri awak…hantaran RM10,000 hingga RM1,000,000 atau berlebih-lebih itu untuk sepanjang jodoh bersama.  Tapi RM8,000 itu untuk jodoh keluarga dengan amah yang pastinya tidak berpanjangan…nilai untuk jaga rumah tangga dan nilai itu lah juga untuk jaga anak-anak anda semua…dan nilai itu juga yang memastikan anak-anak anda akan membawanya dalam menentukan masa depan anda semua.
Akhir kata daripada UCU, seorang bapa bersama isterinya bertanya kepada seorang anaknya, “Cuba anak abah sebutkan satu jenis tarian tradisional Malaysia”.  Jawab si anak, “Itu pun abah dan emak tak bisa tahu ker, senang bangat, jawabnya DANGDUT lah…”.  Dan, ibu dan bapa tadi pun berkata, “Ohhhh...bijak anak abah …kecik-kecik dah tahu konsep multicultural yang berlaku di Malaysia. Bijak!”.
Salam dan mohon kemaafan.

-UCU-

Monday, June 24, 2013

PINTU UTAMA SEKOLAH CANTIK TAPI MASUK SEKOLAH IKUT PINTU KECIL

PINTU UTAMA SEKOLAH CANTIK TAPI MASUK SEKOLAH IKUT PINTU KECIL
Nilai Impian | ISNIN| 24.06.2013 |7.13 malam| Jerebu

Pintu utama sekolah cantik tapi masuk sekolah guna pintu kecil…pengawas jaga pintu utama pastikan murid-murid tidak masuk melalui pintu utama…pengawas jaga pintu kecil pastikan ambil kedatangan murid-murid datang lambat dan tutup pintu kecil bila sampai waktu.  Apa rasionalnya dan banyak mana rasional yang dibuat oleh pihak sekolah dan penerimaan PIBG ikut sahaja lah. 
Sekolah menengah dan sekolah rendah  itu untuk semua peringkat usia rakyat Malaysia antara 6 hingga 18 tahun mendapat pendidikan formal. Bagus.  Malah Malaysia adalah sebuah negara yang memberi peluang seluas-luas kepada semua peringkat rakyatnya tanpa mengira warna kulit untuk mendapat pendidikan formal. Lainlah mereka yang berduit atau membuat pilihan lain sekolahkan anak-anak di sekolah bukan penajaan kerajaan.
Institusi persekolahan kerajaan adalah terbesar muridnya.  Murid-murid sebagai pelanggan yang diraikan yang menjadi pewaris agama, bangsa dan negara. Malah dasar pendidikan negara juga cukup jelas bagi penyampaian ilmu pengetahuan yang menyediakan seorang insan di Malaysia sejak mencapai kemerdekaan.  Dengan pembentukan sahsiah diri, nilai-nilai murni, nilai-nilai kemanusiaan dan  fahaman keagamaan sebagai perisai diri.  Namun bagaimana pemahaman, penghayatannya dan amalannya. Sehalus mana pemahaman, penghayatan dan amalannya. Sejujur mana pemahaman, penghayatan dan amalannya. Sehalus mana penzahiran pemahaman, penghayatan dan amalannya.
Jika hendak diulas atau mengkritik amat sedap dan banyak perkara boleh diperkatakan secara logik. Setidaknya terpandang dan terfikir dan meluahkan apa yang difikirkan logik. Kerana logik itu adalah realiti walaupun pahit ditelan dan memedihkan hati. 
Hari ini UCU hendak sentuh satu perkara tentang pintu besar kebanyakan sekolah tidak boleh dilalui oleh murid untuk memasuki sekolah pada hari persekolahan.  Suatu penguatkuasaan yang efisien di sekolah.  Larangan murid sekolah yang tidak boleh melalui pintu utama sekolah.  Mereka kena melalui pintu kecil sekolah. Kenapa? Apa rasionalnya? Dimaklumkan PIBG telah setuju dengan cadangan sekolah dengan rasional-rasional yang di bawa pertimbangan. 
UCU juga mendapat respons tentang perkara ini.  UCU syer kan apa respons yang diperoleh.  Sama-sama direnungi apa yang tersurat dan apa yang tersirat…”Lu fikirlah sendiri”.  Antara respons, iaitu:
·         Pihak sekolah mengatakan, “Sebagai langkah menjaga keselamatan murid-murid.  Kerana kenderaan memasuki melalui pintu utama sekolah.  Supaya tiada berlaku kemalangan”

·         Pihak PIBG memaklumkan, “kita terima sebagai langkah memastikan anak-anak kita selamat daripada di langgar kenderaan yang melalui pintu utama”.

·         Kalangan murid mengatakan pelbagaian iaitu:

o   “Cikgu kata VIP atau VVIP kadang kala datang ke sekolah jadi  tidak mahu laluan terhalang dengan murid-murid”.

o   “Cikgu kata, memudahkan cikgu yang berkenderaan memasuki sekolah dan tidak perlu risau daripada terlanggar murid-murid”.

o   “Peraturan sekolah tidak membenarkan murid-murid pejalan kaki melalui pintu utama. Entah apa sebabnya…kecuali murid yang naik basikal, murid yang naik motor atau anak-anak cikgu yang bersekolah di situ boleh lalu pintu utama”

o   “…memang macam tu Pakcik, sekolah ni pelik tapi benar.  Ada setengah murid boleh lalu pintu utama..bila kenal pengawas yang jaga.  Bukan itu sahaja tandas sebuah yang busuk untuk kami yang ramai, tapi pengawas, anak-anak cikgu, atau murid kesayangan cikgu boleh guna tandas guru atau pejabat.  Ada di antara mereka kunci tandas itu malah boleh pinjam kunci dengan cikgu”.

o   “..Ikut ajelah Pakcik banyak sangat kerenah nanti cikgu marah. Emak dan bapa saya tak kisah pun lalu pintu mana janji pergi sekolah.  Kadang-kadang tu cemburu juga tengok ada murid-murid yang diberi keistimewaan di sekolah ini”.

o   “Ha..Ha..Ha..saya tak kisah pun pintu mana.  Saya tak ada pintu pun boleh masuk dan keluar sekolah…dinding dan pagar sekolah adalah pintu yang tiada daun pintu…senang kata ada aku kisah”.

o   “Keputusan tidak boleh masuk pintu utama tu sebab nanti mak bapak hentikan anak-anak di pintu utama. Jadi depan pintu jadi sibuk. Cikgu-cikgu yang bawak kereta payah nak masuk”.

o   “Saya sekolah lima tahun aje di sini.  Lepas tu masuk Universiti. Lepas tu dapat diploma dan ijazah. Lepas dapat kerja. Lepas cukup duit beli kereta kwau-kwau punya…tayang depan cikgu di sekolah ni.  Apa dia orang ingat sekolah ni dia punya jadi suka-suka pintu utama dia dan anak-anak dan barua nya aje yang boleh lalu.  Kami ni ikut pintu kecil…kecil hati kami dia orang tak tahu malah tak nak ambil tahu pun… sikit-sikit kata PIBG dah setuju.  Mentang-mentang emak bapak saya ni pakcik, takut jumpa sekolah atau malas bersuara. Banyak perkara tak betul di sekolah ni Pakcik…nak kencing pun kena tahan nafas separuh mati…nak tanya juga Pakcik ni siapa?”

o   “My god… crazy regulation, Uncle”

o   “Okay juga pakcik sebab hendak jaga keselamatan kami dari terlanggar oleh kereta cikgu”.

o   “Ok lah tu pakcik, cikgu boleh zoom laju masuk.  Tak payah nak fikir murid-murid. Seronok juga bila tengok kalau cikgu kalau dah terlewat, berdesup masuk ..nasib baik tak buat drift.  Lepas tu keluar…kalau yang cikgu lelaki selama aje … kalau cikgu perempuan seronok tengok..terkedik-kedik jalan masuk pejabat nak punch..lagi best bila perhimpunan cikgu-cikgu yang macam ini naik pentas dan berkata “anda semua mesti menepati masa datang sekolah jangan lewat… tolong beritahu ibu bapa yang menghantar kamu ke sekolah tolong berhati-hati di kawasan sekolah, perlahankan kereta di kawasan sekolah, jangan henti di depan kon, minta kerjasama tentang perkara ini, bila kemalangan susah jika melibatkan kamu semua”…ha..ha..ha.. pakcik tak gelak sama ”

o   “Biasalah lalu pintu kecil ni… sekolah rendah dulu pun macam ni juga.  Peraturan adalah peraturan”

o   “Suka cikgulah apa nak larang…pintu kecil ni pintu juga sama aje…tapi tertanya juga apa guna ada pintu utama”.

o   “Bapak saya ada juga komen dan cakap dengan cikgu…bukan pintu besar ni aje banyak perkara…tapi saya malu lepas tu sebab kadang-kadang cikgu perli saya dan soseh-soseh …jadi satu salah pulak.  Sedang kan banyak kali cikgu ada kata kalau ada perkara yang ibu bapa rasa boleh bincangkan dengan pihak sekolah datang lah berbincang…tapi bila bapak saya jumpa cikgu kenapa pulak nak heboh-heboh perkara macam ni”.

Banyak lagi UCU boleh tuliskan semula respons yang diberikan tentang penggunaan pintu utama sekolah.  Tidak habis nanti.  Cuma UCU terfikir lah bukankah murid-murid sekolah ini adalah pelanggan yang diraikan. Mereka ada hati dan perasaan.  Mereka aset negara.  Hal ini kerana adanya mereka maka adalah sekolah, kerjaya rasmi sebagai guru, peluang pekerjaan sebagai guru dan pendidik, pemikir-pemikir perkembangan ilmu pengetahuan, usahawan-usahawan pembinaan dan perkhidmatan, perniagaan buku dan stationery, penjual baju seragam sekolah, tokoh cikgu cemerlang, dan macam-macam perkara tentang keperluan murid.  Cuma adakah terfikir dengan larangan melalui pintu utama sekolah sebaliknya melalui pintu kecil untuk memasuki sekolah itu sebagai lambang atau simbolik kurang meraikan murid-murid yang suci hati untuk menuntut ilmu. 
UCU kata “suci hati” kerana mereka sanggup datang sekolah dalam keadaan apa sekalipun mungkin dipaksa ibu bapa, ikhlas kerana hendak belajar, suka belajar, kerana kawan, bosan berada di sekolah, boleh merokok dengan kawan-kawan, boleh gurau senda, boleh membuli, boleh bercerita dan berbual-bual, tempat yang selamat, cikgu-cikgu sayang, ikut saja sebab budak-budak kena sekolah, ada kuasa jadi pengawas, boleh makan bersama rakan-rakan, boleh bermain dan bersukan dan macam-macam lagi. Seribu satu macam sebab.  Belum pernah lah sekolah beroperasi dengan berpuluh cikgu cuma seorang murid dalam satu masa.  Walaupun hujan ribut, panas terik, berjerebu, rusuhan, berperang dan pelbagai halangan cuaca dan peristiwa murid-murid akan datang sekolah lebih dari seorang untuk belajar atau apa-apa saja justifikasi mereka untuk berada di sekolah. Cikgu-cikgu pun ada juga yang sebegitu yang “suci hati” ke sekolah.  Tidak dinamakan sekolah jika ada murid tiada cikgu atau tiada murid tiada cikgu.   
Tapi penekanan kepada pengukuhan pendidikan kepada murid-murid bukan pada buku dan pelajaran yang disampaikan tapi cara falsafah sekolah itu diterjemahkan kepada sesuatu tindakan keputusan dibuat.  Murid-murid sebenarnya melalui proses pembelajaran formal dan tidak formal.  Mereka mengalami banyak perkara di sekolah.  Mereka pemerhati dan merasai setiap apa yang dilalui di sekolah dari disiplin diri hingga tuntutan belajar. Facilities dan kemudahan yang diterima juga sebagai pengukuhan diri mereka.  UCU percaya  larangan melalui pintu utama mencetuskan pelbagai pengalaman dan peristiwa yang diperhatikan dan penilaian yang dibuat oleh murid-murid.  Lihatlah respond yang diberikan tadi.  Kesan keputusan pihak sekolah dan penerimaan keputusan pihak PIBG atas rasional keselamatan murid-murid.  UCU sendiri terkata bila perhatikan dari semasa ke semasa, “Konon keselamatan murid…apa tu”.  Hari ini sahaja pintu utama sesebuah sekolah dijaga oleh seorang pengawas murid dalam keadaan berjerebu.  Seorang pengawas murid yang tidak dibekalkan dengan topeng muka maka  “Selamat kah murid ini…sebab nak pastikan murid tidak lalu di pintu utama seperti arahan cikgu”…kenapa?…”Sebab nanti terlanggar oleh kereta cikgu”…”Please lah tuan pengetua …atau cikgu-cikgu…logik lah sikit”.  Murid-murid sebenarnya saban hari diberi pengukuhan secara tidak sedar tentang perbezaan status, sifat mementingkan status, mementingkan diri, peraturan yang double standard, sifat cemburu, sifat iri hati, peraturan dibentuk untuk kepentingan segelintir manusia sahaja, kesombongan, cakap tak serupa bikin, hak mereka dinafikan dan ketidakpuasan hati.  Tidak bermakna bagi mereka apa yang tertulis di tembok pagar sekolah “Terima kasih kerana anda datang ke sekolah”, “Sekolah ku syurga ku”, “Selamat datang ke sekolah” dan macam-macam kata-kata hikmah dan perangsang menggalakkan murid-murid datang ke sekolah untuk menuntut ilmu di sekolah.
UCU fikirkan perlu ada sesuatu tindakan dibuat tentang perkara ini.  Pintu utama perlu dilalui murid-murid kerana ia bukan milik mereka yang berstatus, bukan milik mereka yang berpengaruh, bukan milik mereka yang berkuasa, bukan milik kulit sawo matang, bukan milik kulit kuning langsat, bukan milik kulit gelap;  tapi milik semua orang yang berkepentingan kepadanya sama ada cikgu, pengetua, murid, pengawas, anak-anak cikgu, tukang kebun, jaga, kerani sekolah, peon sekolah, penjual kantin, VVIP, VIP dan ibu bapa.  Langkah keselamatan ada cara lain yang lebih berhemah.  Kalau ibu bapa degil masih hendak berhenti atau turunkan anak di depan sekolah..pengawal keselamatan sekolah berilah nasihat atau berilah surat nasihat pengetua kepada ibu bapa yang tiada sivik itu.  Bagi cikgu-cikgu sekolah yang berkenderaan kenalah berwaspada bila masuk sekolah dengan kereta – kenapa pula terfikir akan terlanggar murid – sepatutnya terfikir macam mana memandu supaya tidak terlanggar murid – jika tidak confident jangan bawa kereta ke sekolah- jika perlu janganlah bawa kereta masuk sekolah, parkir lah di luar sekolah (“tak nak pulak”). 
Murid-murid jangan diajar double standard kerana nanti kurang ajar jadinya mereka dan tak dengar kata.  Maka bila jadi anak-anak cikgu sekalipun, perlu turun kereta dan lalu pintu kecil (ini kalau pihak sekolah bertegas tindakan mereka betul), pengawas sekolah pun lalu pintu kecil, murid-murid kesayangan cikgu pun perlu lalu pintu kecil.  Satu perkara lagi janganlah jadikan keperluan VIP atau VVIP sebagai input  dalam keputusan yang dibuat.  Buruk benar bila VVIP dan VIP dijadikan justifikasi sesuatu keputusan dibuat.  Selalunya VIP atau VVIP terperangkap dengan imej buruk disebabkan keputusan-keputusan yang berlebih-lebih. Tidak mahupun VIP atau VVIP bawa kenderaan laju masuk ke sekolah. Malah mereka ini berpengalaman dan kesedaran tinggi kalau murid-murid ada di waktu sekolah atau bersesak-sesak di pintu masuk sekolah. Hanya VIP atau VVIP yang gila atau kurang siuman sahaja yang akan tersinggung, atau meradang atau bertindak yang tidak sewajarnya bila masuk pintu utama terpaksa berhati-hati memandu bila masuk sekolah.  Hendak masuk pintu syurga pun kena melewati jambatan siratol mustaqim dengan selamat bila cukup syaratnya.  UCU pun pada satu-satu ketika berperanan sebagai VIP juga dan pada satu ketika yang lain sebagai VVIP – bila pakai bulu penguin (baju kot), baju korporat, atau berlingkar tali leher jakel – maka semuanya ada keistimewaan dan berlebih-lebih pula orang melayannya. Dalam cerita Madu Tiga ada kata, “baik..baik ada makna”.  Itulah fitrah dunia yang sebenarnya boleh dihakis.
Sebenarnya cara tunjuk hormat banyak caranya, budi bahasa dan kemesraan yang jujur dan ikhlas adalah lebih bermakna.  Selalu dengar dalam rancangan Master Chef Celebrity, “memasak dari hati dan kasih sayang”.  Begitulah.  Jadi cikgu-cikgu kenalah setiap keputusan dan pertimbangan tentang peraturan untuk murid-murid itu adalah dengan rasa kasih sayang yang sampai di hati dan kalbu.  Bukan kehendak pentadbiran atau di bibir sahaja.  Memanglah susah tapi hendak tak hendak itulah sepatutnya..yang logik dan syarak. 
UCU masih ingat pengalaman di sekolah dulu, tahun 70an, masa pagi-pagi ke sekolah tidak bimbang untuk lintas  jalan sebab Pak Majid atau Pak Ibrahim atau Pak Isnin akan tunggu di pintu utama sekolah dan melintas kan murid-murid dengan selamat masuk ke sekolah.  Mereka ini tukang kebun sekolah sahaja.  Pak Majid garang tapi tentang keselamatan murid-murid cukup dijaga – dulu UCU tidak suka pada beliau sebab suka membebel dan melarang murid-murid main di parit atau  berlari-lari di bawah bangunan sekolah atau tidak beratur ketika hendak keluar dari pintu utama sekolah.  Tapi kini UCU, “Terima kasih Pak majid, Al-Fatihah”.    Pak Ibrahim dan Pak Isnin pula tidak banyak cakap sangat tapi murah dengan senyuman.  Pak Ibrahim selalu tumpangkan murid-murid ke sekolah dengan beca nya.  Pak Isnin selalu juga tegur murid-murid yang bermain-main tolak-tolak atau berlari-lari di tepi jalan raya, riuh mulutnya menegur.  Pak Husain, peon sekolah yang muka macam sombong tapi baik.  Selalu pelawa murid-murid yang lalu di depan rumahnya untuk petik buah rambutan sebagai sedekah.  Mereka ini kakitangan sekolah yang hebat walau pendidikan formal mereka rendah. Hati mereka mulia.
 Tentang cikgu-cikgu pula, Cikgu Khatijah yang tinggi lampai dan cantik jelita sebagai guru bahasa Malaysia selalu bertanya khabar murid, “..kamu sihat hari ini? Dah sarapan? Bila dah datang sekolah selamat balik nanti pun selamat ya. Berhati-hati naik basikal.  Jalan tepi-tepi di jalan raya. Jalan atas rumput”.   Cikgu Abdullah yang garang dan rambut berjambul rendah selalu kata, “…saya kalau nampak, dapat tangkap sapa-sapa panjat pagar, ikut lubang pagar, ikut pintu belakang sekolah yang  bersemak tu…siap tinggal gigi dengan lidah saya kerjakan.  Pintu depan cantik-cantik  tak nak ikut…suka ikut pintu belakang sekolah yang semak samun dengan adanya ular, becak dan berduri, itu yang suka diikut..apa punya otak macam tu, nak senang aje …ikut lah pintu depan baru lah nama murid sekolah ini ..kasut pun tak kotor”.  Cikgu Wah yang berkulit putih bersih dan seksi (bukan lah pakai pakaian yang menjolok mata) selalu menarik minat murid-murid belajar Geografi, dan selalu menegur, “Anda semua cikgu sayang, cikgu denda sebab anda yang langgar peraturan dan malas  belajar… cikgu tengok ramai murid datang sekolah pun ramai tidak semangat…cikgu selalu perhati anda bila mula masuk pintu depan sekolah lagi, letih, lesu dan tidak  ceria…awak semua kena ceria bila datang sekolah dan belajar rajin-rajin”.  Cikgu Mokhtar, cikgu yang perasaan handsome ke sana ke mari bawa rotan tapi tidak pula pernah merotan murid, bila bercakap dengan nada lembut pada murid yang ditegur, “…awak ni kalau ikutkan hati melelas kulit awak saya libas dengan benda ala ini. Tapi awak ni anak-anak saya, jadi janganlah paksa saya buat macam tu.  Ikut lah kata cikgu-cikgu.  Kalau jangan buat tak usahlah buat…tak perlu ponteng sekolah petik rambutan belakang sekolah tu.  Kalau jumpa saya, saya pun boleh belikan.  Kalau tak cukup jumpa Pak Husain, seguni rambutan dia boleh beri pada awak”.  Cikgu Dahlia yang lawa putih melepak ,  cengih tapi hati baik, “Saya tarik telinga awak ni sebab tak nak dengar kata.  Kalau ikut hati saya, awak ni saya bawa balik jadi anak saya senang saya siang-siang awak. Cubalah awak fikir main-main tolak-tolak tepi parit tu bahaya, baling-baling batu terkena kereta orang kan nanti orang marah, berkejar-kejar di tepi jalan raya kan bahaya. Kalau sekolah kata semua murid tunggu van, bas, beca atau  mak ayah ambil, tunggu sahaja lah depan pintu sekolah jangan lah ke mana-mana. Kan selamat. Pak Majid ada, Pak Brahim  ada. Ini bertabur berlari-lari…apa lah awak ni”.  Cikgu Rahman, cikgu yang selamba rock tapi prihatin, “Hoi, kau orang kalau tak beratur… basikal-basikal, jalan kaki jalan kaki, yang naik bas naik bas,  beca, van, ..kalau tak beratur jangan harap dapat keluar dari pintu sekolah ni..Pak Majid tengok sekali kat jalan tu..biar saya aje yang tengok budak-budak ni…Hoi Bang ini apa ni basikal tidak ada brek, esok pastikan brek ada… hoi  kakak, kain tu esok bawah buku lali yea,…lah yang kau ni benjol dahi dan koyak lengan baju ni kenapa, bergaduh, esok jumpa saya…Mat kau yang pengsan pagi tadi kan esok sarapan tahu…woi Makcik kalau pakai tudung tu  betul-betul walau nak keluar sekolah ni, selagi dalam kawasan sekolah pakai betul-betul, sampai ke rumah lagi bagus.  Bakal mak mentua pun suka… yang ni kenapa pulak kaki ayam, kasut sebelah lagi mana, kena curi..”.  Begitu lah sebahagian cikgu UCU dulu, ramai yang bagus-bagus dan hebat-hebat yang seketika UCU marah juga bila kena denda dengan mereka. Tapi banyak yang UCU sayang mereka.  Begitu juga murid-murid yang lain. Cikgu-cikgu ini terpamer kasih mereka kepada murid-murid walau pada ketika itu berapalah gaji mereka berbanding sekarang.
UCU terkenang juga kata-kata arwah Emak masa UCU bersekolah dulu, “…kau sekolah macam mana, apa cikgu cakap.  Kalau emak cakap tak dengar, cikgu cakap tak dengar. Nak dengar cakap sapa…” .  Arwah Abah pun pernah komen tentang Cikgu sekolah UCU, “ Cikgu-cikgu sekolah tu semua baik-baik, yang nakal dan malas kau orang… Abah kalau cikgu cakap, seratus peratus abah percaya…Pak Isnin dengan Pak Husain pun sama kalau dia orang mengadu hal anak Abah buat hal kat sekolah…jawab ”. Itulah antara hubungan UCU sebagai murid, murid-murid, ibu bapa, guru sekolah dan kakitangan sekolah. Bagaimana dengan sekarang…adakah zaman telah berubah maka segala-gala berubah. Isunya pintu depan sekolah yang tidak boleh dilalui oleh murid sebaliknya murid-murid menggunakan pintu kecil. Banyak perkara yang boleh dikait-kaitkan.  Jika di sekolah anak UCU pintu kecil di penjuru kawasan sekolah iaitu 60 meter dari pintu utama sekolah.  Adakah rasional peraturan yang dikuatkuasakan itu?  Adakah rasional pertimbangan-pertimbangan yang dibuat untuk menguatkuasakan peraturan seperti  itu?  Dan di manakah kerasionalan pertimbangan dan keputusan yang dibuat itu?
Akhir kata dari UCU…kasi sahaja lah murid-murid lalu di pintu utama sekolah habis cerita.

Salam hormat.

-UCU-

Saturday, June 22, 2013

TAHUKAH PENCEMARAN ITU TINDAKAN JIRAN LAH

TAHUKAH PENCEMARAN ITU TINDAKAN JIRAN LAH 
Nilai Impian | Sabtu| 22.06.2013 |3.51 petang| Panas dan Jerebu

Pada hari ini Berita Nasional TV1 mewartakan Nilai, Seremban dan di beberapa tempat lain persekitaran tidak sihat. Jerebu akibat dari pembakaran hutan di Indonesia. Kerajaan Malaysia telah meminta kerjasama jiran Malaysia ini malah “Abang” Malaysia untuk berbuat sesuatu. “Abang” kata perkara ini akan disiasat.  Kemudian iklan kesedaran di TV1 disiarkan tentang  jerebu meminta penduduk Malaysia perlu banyak minum air, cuci muka dan kurangkan aktiviti di luar rumah. Kemudian itu Berita Nasional TV1 menyiarkan secara lintas langsung tentang program Floria, Putrajaya.  Mempromosi dan mengalu-alukan orang datang beramai-ramai ke program tersebut.  Anak UCU tanya, “Tadi berita kata jangan keluar rumah, kurangkan aktiviti di luar sebab jerebu yang tidak sihat. Apa ni Abah. Mana satu yang betul ni”.  UCU pun jawab, “Abah pun confuse”.   

Dalam hal ini, apa yang UCU hendak perkatakan hari ini ialah pencemaran akibatkan daripada tindakan jiran-jiran. Mungkin isu jerebu ini besar isu nasional yang melibatkan kerajaan dan perhubungan luar dua hala. Namun satu isu yang dianggap remeh oleh ramai orang tapi juga isu pencemaran yang berlaku saban hari yang juga hasil pertimbangan tidak wajar dari jiran-jiran. Isu pencemaran yang dibuat sendiri oleh jiran-jiran di taman-taman perumahan.  Contoh, pembuang sampah, pembakaran terbuka secara kecil-kecilan,  majlis karaoke dalam majlis kenduri kahwin atau parti hari jadi sampai ke tengah malam, bunyi alat-alat penyelenggara dan pembinaan rumah, terpekik terlolong, limpahan air basuhan kereta, limpahan air basuhan binatang peliharaan, bunyi mercun, deruman kuat bunyi kereta dan motosikal, bengkel kereta dan motosikal di rumah kediaman, pasang audio radio atau televisyen yang kuat, dan macam-macam lagi.

Pengalaman UCU sendiri, pada hari ini malah sebelum ini pun UCU hadapi masalah pencemaran yang dibuat oleh jiran UCU.  Malah UCU rasa begitu juga jiran-jiran yang lain.  Jiran UCU membuat penyelenggara dan pembinaan tambahan rumah mereka.  Tambahan mana-mana yang patut pada rumah mereka. Tidaklah salah kerja-kerja yang mereka buat untuk capai impian mereka. Tapi kerja-kerja penyelenggaraan dan pembinaan dilaksanakan juga pada hari Ahad dan Sabtu. Dua hari dan masa yang UCU dan keluarga hendak beristirahat di rumah.  Berlaku pencemaran bunyi.  Bunyi dari ketukan tukul, mesin pemotong kayu atau besi, malah yang paling teruk bunyi gerudi (drill).  Dalam suasana begini macam mana hendak beristirahat.  Hendak keluar bersiar-siar dinasihatkan duduk di rumah kerana jerebu.  Tapi duduk di rumah bising dengan pencemaran bunyi pula.  Tidak selesa dan aman.  Kalau hari Isnin, selesa, Rabu Khamis dan Jumaat tidak lah jadi masalah kerana UCU dan keluarga tiada di rumah. Cuma selepas pukul 5.00 petang baru ada di rumah.  Nasib baik kerja-kerja di buat setakat jam 6.00 petang.

Dalam hal ini UCU perhatikan banyak berlaku di mana-mana taman perumahan tentang pencemaran bunyi ini akibatkan tindakan jiran membuat penyelenggara rumah.  Kerja-kerja dilaksanakan pada hari-hari minggu yang di sambut macam hari Sabtu dan Ahad  atau Jumaat dan Sabtu. Lebih meletihkan bila salakan anjing yang tidak henti-henti siang dan malam.  Ada jiran yang bela anjing yang macam kena sampuk asyik menyalak setiap masa.  Hendak bela tapi tidak pandai pelihara dan latih anjing – anjing menyalak mungkin lapar, terikat dan macam-macam payah nak cakap. Kalau malam sekali sekala bolehlah hendak fahamkan juga, paling tidak kata anjing nampak hantu.  Ada jiran yang pula baiki kereta atau motosikal di rumah.  Enjin yang sedang hidup di tekan-tekan minyak, berderum-derum bunyi yang tidak menyenangkan. Kalau buat aduan pada pihak penguat kuasa kerana gangguan maka jiran akan bermasam muka. Jadi macam mana.  Tiada keprihatinan payah lah untuk hidup berjiran.  Adakah aturan hidup ini semuanya hendak ada undang-undang.  Banyak undang-undang pun tidak guna juga kalau tidak dikuatkuasakan.  Penguat kuasa juga bertindak bila ada aduan. UCU tertanya-tanya juga adakah perlu buat aduan kalau terang-terang kejadian di depan mata. Buat lah sedikit rondaan. Nasihatkan sahaja atau hentikan aktiviti yang kurang menyenangkan pada mereka yang kurang isu sivik. Sivik dikuatkuasakan daripada pihak berkuasa dapat kurangkan rasa tidak senang antara jiran dengan jiran yang hari-hari bersemuka.  Orang Malaysia mana suka berterus terang. Banyak cakap berlapik.  Paling-paling main secara ‘halus’. Tidak mahulah sampai peringkat macam ini.

UCU fikirlah kalau bab-bab penyelenggara rumah ini kenalah buat pada hari-hari bukan hari minggu dan tetapkan masa dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.  Sebelah malam tidak lah usah ada kerja-kerja pembinaan, pencemaran bunyi. Ramai jiran yang hendak beristirahat.  Jiran-jiran yang ada keperluan kepada menghasilkan pencemaran kenalah prihatin kalau ada jiran yang sakit di rumah, kenalah memberitahu mereka tentang sesuatu yang mungkin mengganggu seperti penyelenggara, pembinaan dan sebagainya.  Maka adalah budi bahasanya. Ini kurang bijak yang ramai, main belasah sahaja tanpa hiraukan perasaan jiran.

“Biarlah, jangan pedulikan, nanti gaduh”, kata arwah Emak bila UCU merungut masa anjing jiran menyalak tidak henti-henti siang malam macam kena sampuk. Itulah Emak UCU. 

Abah pula,  “Apa ni, tolonglah gerakkan bas jauh sikit dari rumah ini.  Asap menghala ke rumah.  Tak tahu ker rumah ini ada orang sakit. Bisinglah sama.  Kenalah faham”, UCU masih ingat bila arwah Abah hilang sabar menegur seorang pemandu bas yang hidupkan basnya sambil tekan minyak berkali-kali menderumkan enjin bas. Sebenarnya pemandu bas ini buat hari-hari sebelum ini.  Rumah UCU di kampung berada di sebelah tempat simpanan bas yang beroperasi.  Arwah Abah memang sakit terlantar.  Pada suatu pagi, memandangkan Abah tidak tahan lagak beberapa pemandu bas, jadi dia gagah kan diri bangun dan menempelak pemandu-pemandu tersebut. Nasib baik pemandu-pemandu itu tidak bertindak keterlaluan. Mungkin adalah sikit hormat dalam diri mereka, atau sebelum ini tiada orang menegur pada mereka. 

Arwah Emak dengan arwah Abah memang sangat hormat jiran-jiran. Mereka tidak mahu cari gaduh dengan jiran-jiran.  Malah anak-anak pun Abah larang bermain di rumah atau kawasan jiran-jiran.  Abah lebih menggalakkan anak-anak dan anak-anak jiran bermain di kawasan rumah kami. Emak pula paling mudah dan sinonim dengan kata, “Biarlah tidak usah pedulikan, nanti gaduh dengan dia orang”.  Itu lah kata-kata Emak bila anjing menyalak hari-hari, bila ayam-ayam jiran datang cari makan di kawasan rumah sampai tahi ayam merata-rata di kaki lima rumah, bila orang letakkan kenderaan di kawasan rumah tanpa kebenaran sebab hendak hadir parti atau kenduri kahwin, bila anak-anak jiran-jiran menghalakan mercun terbang ke rumah masa hari raya  atau tahun baru cina dan lain lagi lah peristiwa yang tidak menyenangkan.  Hikmahnya ialah tidaklah keluarga kami bergaduh atau bermusuh dengan jiran-jiran.  Cuma satu UCU tertanya-tanya adakah jiran-jiran fikirkan tentang keluarga UCU.  Atau kesempatan yang mereka ambil dari kebaikan Emak dan Abah.  UCU berpendirian mesti ada cara menanganinya jangan sampai orang pijak ke kepala. Cuma kena fikir dan pilihan yang dibuat perlu berhemah.

Akhir kata dari UCU…jiran-jiran tolong lah fahami jiran-jiran lain…pencemaran itu tindakan tuan-tuan bukan orang lain pun. Bertindak lah secara bijak supaya terhindar dari menjadi kurang bijak.

Salam  jua.

  -UCU-